31 Mac 2010

Salasilah Keluarga RD


KELUARGA AYAHANDA DHOBY
:
Berasal keluarga pahlawan Melayu berpangkat Raden dari Palembang dan telah menetap lama di Kuching. Semasa perbicaraan RD di Kuching, Hajah Hamdiah bt. Hj Lamit (Bu' Idok), Pak Dhoby bin Buang dan Habibah bt Hj Lamit (Bu' Ibot) telah menginap di rumah keluarga Pak Dhoby di Kpg Temedak.

Kakaknya itu bernama Dayang bt Buang dan suaminya bernama Amin.

KELUARGA IBUK @ BU' IBOT:
Berasal dari keluarga peniaga Sambas dan telah lama menetap di Mukah dan bernikah dengan orang Melanau di sana.

NENDA LELAKI          : HJ. LAMIT - Melanau Mukah
NENDA PEREMPUAN: HABSAH BT HJ. UMAR

ANAK-ANAK:
1. HABIBAH (BERNIKAH DENGAN DHOBY)
2. DAWI
3. ABANG JUNIT
4. DION (BERNIKAH DGN JOHNNY BIN JUU)
5. HJH HAMDIAH A.K.A IBUK IDOK (BERNIKAH DGN PAK YUSUP)
6. AMAN (MENINGGAL SEMASA KECIL)

KETURUNAN:
1. Dawi mempunyai 5 orang anak- Ros, Jamilah, Inah, Bu' Tipah dan Bu' Ijah.

2. Abang Junit tidak mempunyai zuriat.

3. Dion mempunyai 6 orang anak- Aleng, Tahar, Habsah, Sulaiman, Rosli dan Lucas.
(Hj Tahar bin Johnny merupakan antara orang sumber blog ini.)

4. Hjh Hamdiah mempunyai dua anak tiri- Hjh Juwita bt Yusup ( bernikah dengan Hj. Suut) dan Zainab bt Yusop; dan seorang anak angkat, Ela. (Ibuk Idok merupakan saksi dan orang sumber utama blog ini.)

BAPA : DHOBY BIN BUANG (Melayu - Berketurunan Radin)
ISTERI: HABIBAH BT HJ LAMIT (BU' IBOT) (Melanau Mukah)

ADIK BERADIK RD:
1. FATIMAH BT DHOBY (YAK) - LAHIR 1928
BERNIKAH DENGAN ABG HAMDAN BIN ABG KADIR DAN MEMPUNYAI 13 ORG ANAK.

2. ROSLI BIN DHOBY (RD) - LAHIR 1932
DIHUKUM GANTUNG SEMASA BUJANG.

3. AINIE BIN DHOBY (AINIE) - LAHIR 1933
BERNIKAH DENGAN HADIAH BT HJ DIN.
MEMPUNYAI 6 ORG ANAK.

1. MUSA (1960)- bernikah dgn Saleha bt Saili
2. ISKANDAR (1961)- bernikah dgn Siti Hasiah bt Hj Sulaiman
3. BOLHASSAN (1963)- bernikah dgn Suraya bt Ahad
4. SABRINA (1965) - bernikah dgn Zainal Azman bin Abu Seman
5. SAHARUDDIN (1966) - bernikah dgn Wahida bt Julai
5. HANISAH (1968)- bernikah dgn Abd halim Hj Sabil.


Sumber: Temuramah penulis dengan Ibuk Idok, Hj Tahar dan En Bolhassan b. Ainie pada 25-27/12/2009.

27 Mac 2010

Koleksi Dokumentari RD

Dokumentari dan video ini daripada pelbagai sumber internet dan tertakluk kepada hakciptanya sendiri.
















6 Mac 2010

Mari berkenalan dengan Rosli bin Dhoby

1. Rosli Dhoby boleh dikatakan sebagai seorang yang bijak dan mampu menjadi seorang pemikir dalam zamannya dan masa kini jika beliau 'direkomenkan kasihan' dan dihukum sewajarnya.

2. Beliau telah memasuki tadika bersama-sama adiknya kerana beza umur mereka tidak sampai 2 tahun. Mereka belajar di Tadika Mission School. Rahib tadika tersebutlah yang menghantar dan mengambil mereka ke sekolah hingga tamat tadika.

3. Kedua beradik ini, Rosli dan Ainnie kemudiannya melanjutkan persekolahan di SK Abang Ali dan sering ke rumah Bu' Idok atau Hajah Hamdiah bt Hj Lamit, adik kepada ibu mereka. Mereka bersekolah di situ hingga darjah lima.

4. Pengajian darjah enam dan tujuh mereka dihabiskan di SMB Methodist, Sibu.

5. Kedudukan rumah mereka yang dekat dengan pasar besar Sibu menyebabkan Rosli dan Ainnie biasa bercampur gaul dengan rakan-rakan berbangsa Cina dan Iban.

6. Pergaulan mereka amat rapat hinggakan mereka dapat menguasai pelbagai dialek Cina dan Iban dengan fasih. Rosli Dhoby boleh berbahasa Hokkien, Foochow, Mandarin dan Iban.

7.Pada malamnya, mereka akan mengaji bergurukan ayahnya, Pak Dhoby. Beliau merupakan guru al-quran yang terkenal di kampung Pulo dan kampung-kampung Melayu yang berdekatan. Pak Hj Tahar Johnny juga mengaji bersama mereka.

8. Dibesarkan dalam keperitan Perang Dunia Kedua, mengajar Rosli erti perjuangan dan perlunya bebas dari belenggu penjajahan. Namun, untuk berjuang, ilmu juga penting agar rakyat boleh membangunkan ekonomi dan taraf hidup sendiri. Beliau suka membaca buku-buku perjuangan nasionalis dan pemimpin Indonesia seperti Jeneral Sukarno.

sumber: Bu' Idok - Temuramah di Sibu pada 24-26/12/2009
.

Warkah Terakhir 2

Dengan secharek kertas ini dan se‑putung pensil untuk renungan sepanjang masa. Saya si‑penulis Rosli Dhobi dalam lindungan Permai. Saudara2 dan saudari2 sa‑perjuangan, saya ta' lama lagi akan meninggalkan jejak tanah tumpah darakku yang ku chintai, dan utama sekali ayah bunda yang ku kasehi dan saudara2 semua, dengan nama Allah sifat pemurah dan pengampun saya menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf atas kesalahan saya yang telah terjadi selama ini, saya sanggup berkorban nyawa untuk memperbaiki raayat yang telah di‑ budaki oleh penjajah, saya mengaku dan terima apa2 kesalahan di dunia ini saya ta'genter saya ta'takut mati, saya terima hukuman yang telah di jatohkan di‑mahkamah.


Saya berdoa kepada Allah s. w. t. Saudara2 saudari2 di‑akhir kelak balek ke‑pengkuan Ibu‑pertiwi. Sungguh begitu saya sudah sanggup menghapuskan orang putih yang berasin dan datang‑nya tetapi saya sudah tidak ada di dunia ini nama saya tetap harum seluroh Dunia sa‑genap plusuk. Akhir kata, hey! Saudara2 Saudari2 sekalian berjuanglah jangan mundur majulah ka hadapan


Amin ya rabbul alamin berkat doa laillahaillahi Muhamada rasululah. Dan saya uchapkan jutaan terima kasih kepada saudara Pa. S. Allah sahajalah yang akan membalas budi jasa‑nya dengan penuh layanan, nasihat yang belom pernah di‑dengar oleh saya dari awal hingga akhir.


Harapan ini surat jangan sekali di‑beri sesiapa pun. Simpan baik‑baik, barangkali di‑lain masa ada guna‑nya.


Ditulis pada 1‑3‑1950

Saya yang akan meninggalkan endah ini,

R.D.


Dipetik dari buku Rosli Dhobi Di Tali Gantung tulisan Rudi Affendi Hj. Khalik,1997

Mengenangmu: Rosli Dhoby

Rosli Dhoby merupakan salah seorang pejuang kemerdekaan Sarawak walaupun tidak sepopular para pejuang Sarawak yang lain seperti Rentap dan Sharif Masahor. Usianya ketika itu baru mencapai 17 tahun dan beliau seorang guru. Namun semangat juang bagi menentang British yang ingin kembali menguasai Sarawak selepas Perang Dunia Kedua cukup mengagumkan.

SILA BACA MULA DARI LAMAN TOK:
Sinopsis - Pahlawan Yang tidak didendangkan : http://galeripejuangsarawak.blogspot.com/2009/12/perihal-rosli-dhoby-1.html
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

Sokong Industi Maritim Sarawak