13 Dis 2009

Muslihat dan Pengaruh Kerajaan Makhota Inggeris

1. Sehingga November 1941, kuasa dan pengaruh Kerajaan Makhota Inggeris agak terhad kepada hubungan luar seperti yang termaktub di dalam 'The Treaty 1888.'


2. Sebenarnya, semasa pemergian Rajah Charles ke Australia, Rajah telah mengatur strategi agar Sarawak ditabdir oleh Kerajaan Sementara di bawah kuasa Tuan Muda Bertram. Sepanjang tempoh 1941 hingga awal 1944, kerajaan Rajah tidak berapa mengendahkan usaha Kerajaan Makhota untuk membuat Perjanjian Tambahan (Baru) kepada Perjanjian Pertama 1888 untuk membebaskan tanggungjawab mereka dalam mempertahankan Sarawak dari ancaman luar dan menukarnya kepada pengwujudan jawatan Pesuruhjaya atau Wakil Inggeris dalam kerajaan Sarawak.


3. Banyak muslihat telah dirancang agar Kerajaan Makhota mendapat lebih banyak pengaruh untuk campur tangan dalam urusan kerajaan Rajah. Memandangkan kewangan negara Sarawak ketika itu sangat teruk dan menghampiri bankrupsi, Kerajaan Makhota berusaha untuk meluaskan pengaruhnya ke Sarawak. Perbincangan awal telah tergendala kerana perang Jepun.


4 .Dalam satu surat kepada Kerajaan Makhota, Rajah menulis:


"I and my family are trustee for the State of Sarawak and the people of Sarawak, who are aware that it is not in the position of a 'Colonial Dependency,' so their consent to any step which tend to approach such a relationship would naturally be obtained. It can scarcely be obtained at the present time when, the owing to the unavoidable inability of Protecting Power to preserve them from the invasion, they are under an alien rule".- 19 June 1944.


5. Perbincangan berkenaan hal tersebut pada tahun 1944 telah menyaksikan Rajah menghantar wakilnya melalui Tuan Muda Bertram, Pentadbir Kerajaan Sementara Sarawak. Namun, Tuan Muda mengalami masalah kesihatan pada waktu itu dan terpaksa bersara dari kerajaan. Rajah Muda telah dihantar untuk menyertai rundingan. Namun tidak lama selepas itu, atas sebab-sebab yang tidak diketahui, 'Kerajaan Sementara' itu telah dimansuhkan oleh Rajah itu sendiri. Rajah Muda telah menghantar banyak surat bantahan atas tindakan kedua-dua kerajaan yang ingin mengemaskini perjanjian asal.


6. Kerajaan Makhota memaklumkan kepada Rajah Ketiga bahawa Rajah Muda telah 'tidak memberi respon peribadi' dalam perbincangan. Ketika Rajah Ketiga ingin mengetahui lanjut kenyataan tersebut, terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan terlaku menyebabkan hal ini tergantung. Namun, Rajah Muda membantah secara terhormat kenyataan itu dan meminta Rajah untuk tidak mengugurkan namanya sebagai waris takhta. Dua orang peguam yang dikatakan tidak memberi respon dalam perbincangan itu juga telah diperintah bersara wajib dalam thn 1945.


7. Apabila kembalinya Rajah Ketiga ke Sarawak, 15 April 1946, Rajah Ketiga memerintah Sarawak kembali. Di dalam pemikiran Rajah sekarang adalah untuk melakukan PENYERAHAN atau CESSION. Rajah berpendapat itulah cara yang paling baik untuk kerabatnya dan rakyat Sarawak untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik. Kerajaan Makhota dapat 'menghidu' bahawa Sarawak akan memohon pertolongannya juga.


8. 2.75 juta pound telah diberikan oleh Setiausaha Koloni kepada kerajaan Sarawak sebagai pampasan untuk kesusahan pentadbirannya semasa pendudukan Jepun. Satu juta pound disyaki sebagai suapan telah diberikan oleh wakil yang dilantik oleh Rajah dan Ajen Inggeris kepada wakil-wakil masyarakat Sarawak yang dikenal pasti dan mendapat sokongan idea penyerahan Sarawak. Selebihnya, adalah untuk pembangunan Sarawak.


9. Terdapat pegawai yang pro-Brooke atau penyokong Tuan Muda Bertram telah dinasihatkan bersara awal, dihantar bertugas ke luar Sarawak dan dihalang memasuki Sarawak sehingga selepas Mei 1946. Dalam tempoh itu, dikatakan telah diadakan punggutan suara ahli-ahli Parlimen, Majlis Negri dan rakyat jelata.


10. Wakil-wakil masyarakat Melayu dan bumiputera telah didatangi dua wakil Inggeris dan diberikan sejumlah wang sebagai 'elaun tertunggak' sepanjang pendudukan Jepun dan seterusnya diminta menandatangani surat persetujuan penyerahan.19 undi mencadangkan usul itu dan 16 membantah semasa soal selidik dilakukan oleh wakil Rajah dan Koloni.



11. Para perwakilan Melayu dan bumiputera pada mulanya tidak bersetuju kerana belum mendengar sendiri kata-kata Rajah dan Tuan Muda. Namun, apabila mereka telah diberitahu bahawa Tuan Muda telah bersetuju dengan idea penyerahan itu maka mereka pun menandatanganinya kecuali Datu Patinggi. Namun, setelah diugut oleh Datu Mentri dan Datu Amar yang ditemani oleh Abang Muhammad Daim, beliau menandatangai surat tersebut kerana takut nyawanya terancam.


12. Pada 6 Februari 1946, Rajah telah mengeluaran titahnya;


'... it is the case in Sarawak that all authority derives from Rajah. The people trust the Rajah and what the Rajah advises for the people is the will of the people. I am the spokesman of the people's will. No other than myself has the right to speak on your behalf. No one of you will question whatsoe'er I do in his high interest. No power nor personal interest shall subvert my peoples' happiness and future. The Happiness of your future lies within another realm. There shall be no RAJAH OF SARAWAK after me. My people will be the subject of the KING...'


13. Tuan Muda Bertram tidak diajak berunding berkenaan hal ini. Ini jelas melanggar Wasiat Politik ayahnya. Beliau juga telah dihalang memasuki Sarawak sepanjang tempoh perbincangan penyerahan. Beliau hanya mengetahuinya melalui pengumuman oleh BBC di House of Common pada 6 Februari 1946. Akhirnya, di bawah tekanan, Rajah mengizinkan Tuan Muda memasuki Sarawak dengan syarat beliau bersetuju dengan penyerahan itu.


14. Setelah mengetahui kehendak Rajah adalah tanpa rundingan dengan Tuan Muda, Datu Patinggi menyerahkan semula wang 12 ribu pound yang diberikan oleh Mr McBryan sebagai pampasan kepadanya. Mr Philip Jitam dan Me Edward Jerah, wakil masyarakat Dayak juga telah menentang penyerahan ini setelah mengetahui hal sebenar. Tetapi, semuanya telah terlambat.




setiakasih a.k.a Suhana_s

Sumber: The Facts of Sarawak bt Anthony Brooke

2 ulasan:

Hanie berkata...

do u have the books/ documents for these? ingin nak baca fakta2 selanjutnya!

setiakasih berkata...

Sumber: The Facts of Sarawak bt Anthony Brooke

Mengenangmu: Rosli Dhoby

Rosli Dhoby merupakan salah seorang pejuang kemerdekaan Sarawak walaupun tidak sepopular para pejuang Sarawak yang lain seperti Rentap dan Sharif Masahor. Usianya ketika itu baru mencapai 17 tahun dan beliau seorang guru. Namun semangat juang bagi menentang British yang ingin kembali menguasai Sarawak selepas Perang Dunia Kedua cukup mengagumkan.

SILA BACA MULA DARI LAMAN TOK:
Sinopsis - Pahlawan Yang tidak didendangkan : http://galeripejuangsarawak.blogspot.com/2009/12/perihal-rosli-dhoby-1.html
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives