4 Apr 2010

JAMES BROOKE MEMINTA BANTUAN BRITISH UNTUK MENENTANG PEMBERONTAKAN DI SARAWAK 14/04/1860

Pada hari ini, 14 April 1860, Pejabat Tanah jajahan British di London meluluskan permohonan Raja James Brooke, pemerintah negeri Sarawak meminta bantuan dari kerajaan British untuk menentang pemberontakan di Sarawak. Antara pemberontakan besar yang berlaku ialah pemberontakan yang diketuai oleh Syarip Masahor (Syed Masahor)*. Pemberontakan ini menimbulkan berbagai masalah terutamanya masalah keselamatan rakyat British di Sarawak. Sebelum Pejabat Tanah jajahan meluluskan permohonan beliau itu Raja Brooke telah meminta perlindungan pihak Belanda dan Peranchis terhadap pentadbiran beliau tetapi tidak mempercayai kuasa-kuasa tersebut kerana bimbang Sarawak akan jatuh ke tangan kuasa Barat yang lain. Oleh itu Raja Brooke meminta campurtangan kerajaan British sama ada menjadikan negeri Sarawak sebagai tanah jajahan British atau mengiktirafkan kedaulatan Raja Brooke di bawah naungan keluarga Diraja British. Ini bermakna secara tidak langsung kuasa pentadbiran negeri Sarawak adalah atas arahan keluarga Diraja British. Bagaimanapun, jika Kerajaan British berminat menguasai negeri Sarawak sepenuhnya Raja Brooke mengenakan syarat agar adat-istiadat suku kaum di Sarawak dikekalkan dan penduduk tempatan hendaklah dilatih cara-cara mentadbir negeri mereka.

Walau bagaimanapun kerajaan British tidak berminat untuk menjadikan Sarawak sebagai jajahan takluknya dan enggan menerima permohonan Brooke itu. Sebaliknya kerajaan British bersetuju menghantar kapal perang bagi mengawasi kawasan pantai negeri Sarawak tetapi tidak akan campurtangan jika terjadi apa-apa peristiwa yang tidak diingini antara Raja Brooke dengan musuhnya. Bagaimanapun Kerajaan British di London telah menghantar seorang Penasihat British untuk membantu Brooke mentadbir Sarawak.

Mengenangmu: Rosli Dhoby

Rosli Dhoby merupakan salah seorang pejuang kemerdekaan Sarawak walaupun tidak sepopular para pejuang Sarawak yang lain seperti Rentap dan Sharif Masahor. Usianya ketika itu baru mencapai 17 tahun dan beliau seorang guru. Namun semangat juang bagi menentang British yang ingin kembali menguasai Sarawak selepas Perang Dunia Kedua cukup mengagumkan.

SILA BACA MULA DARI LAMAN TOK:
Sinopsis - Pahlawan Yang tidak didendangkan : http://galeripejuangsarawak.blogspot.com/2009/12/perihal-rosli-dhoby-1.html
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives