21 Dis 2009

Awang Rambli, PPM dan Perjuangan Anti Cession

1. Persatuan Pemuda Melayu Sarawak melalui salah seorang pemimpin kanannya yang agresif Awang Rambli bin Matseruddin meniupkan semangat nasionalisma kepada orang-orang Melayu Sarawak.

2. Beliau berasal dari Muara atau Brooketown, Brunei. Beliau adalah seorang berpengetahuan dalam perundangan. Beliau telah menggunakan Utusan Sarawak sebagai penyebar ideologinya dan perjuangan ke arah kemerdekaan Sarawak.

3. Beliau sering diundang berceramah ke kampung-kampung pinggir laut dan sungai seperti di Bintangor, Sibu dan Matu. Dengan kesempatan yang diberikan ini, beliau manfaatkan sebaiknya. Beliau berkhidmat dalam Jabatan Kastam namun setelah Circular no. 9 atau Surat Sial dikeluarkan pada tahun 1946 oleh Sir Charles Arden, beliau dan ramai lagi kakitangan Melayu meletakkan jawatan tanda protes dan benci dengan penjajah.

4. Baginya, Penyerahan adalah satu tindakan yang salah, haram dan dilakukan tanpa persetujuan rakyat Sarawak. Ia mesti diperbetulkan dengan menyerahkan tampuk pemerintahan kepada rakyat Sarawak sendiri.

5. Pada awal perjuangan, PPM telah mengadakan perarakan demi perarakan secara aman dan menaikkan poster-poster Anti Penyerahan. Namun setelah 3 tahun berusaha untuk mendapat perhatian Rajah dan Koloni, usaha tersebut tidak berjaya.

6. Pada ulangtahun pertama Penyerahan, PPM telah mengadakan satu perarakan besar-besaran dan lebih hebat dari yang sebelumnya.

7. Beliau telah ditangkap bersama Abang Han, dipenjarakan namun dibebaskan setelah ulangbicara.

8. Antara kata-katanya yang sangat bersemangat diucapkan pada 1 Julai 1949:

'Dari itu kita mesti insaf dan sedar akan siapa rakyat dan siapa penjajah ?'

 'Bersatulah kita. Berikatlah kita supaya tercapai maksud kita. Oleh sebab kita berpecah belah, si penjajah akan dapat masuk celah.'

' Pergerakan Pemuda Melayu 3rd Division tidak suka berpecah sesama sendiri. Kita mesti berbaik-baik sesama bangsa atau senegeri. Tiap-tiap badan bumiputera memang menaruh rasa cinta akan tanah air dan kaum bangsanya. Kita ingat pepatah, tetak air tidak akan putus. Oleh itu kami mesti memperbaiki masyarakat bangsa kami yang telah dan sedang rosak itu.'

9. Gabenor Sarawak telah dihantar ke Gold Coast oleh Koloni dan menurut firasat Awang Rambli, ia berlaku kerana tentangan rakyat Sarawak yang tidak menyukainya.

10. Awang Rambli berpendapat, Rajah dan Koloni takut membenarkan Rajah Muda kembali ke Sarawak kerana sokongan rakyat Sarawak  terutamanya masyarakat Melayu, amat kuat kepada Anthony Brooke.

11. Surat-surat bantahan dari PPM dan Rajah Muda tidak diperdulikan oleh Koloni.


.

20 Dis 2009

Senarai nama Ahli 338

Kumpulan 338 adalah nama kumpulan penjawat awam yang berhenti kerja menentang 'Sural Sial' atau Pekeliling No. 9. Ahlinya melebihi 338 sebenarnya. Nama kumpulan ini adalah diinspirasikan oleh Al-ustaz Sharkawi Sheikh Osman berdasarkan bilangan tentera Islam dalam perang Badar. Semua ahlinya adalah melayu kecuali 3 orang berbangsa Dayak. 

Senarai di bawah menunjukkan jabatan-jabatan yang terlibat bersatu dalam merealisasikan

Kumpulan 338:

1. Jabatan Pelajaran 76
2. Jabatan Pertanian 4
3. Jabatan Tanah dan Ukur 18
4. Perbandaran Kuching 4
5. Jabatan Pos dan Telegraf 43
6. Jabatan Bomba 17
7. Jabatan Muzium 9
8. Jabatan Laut 40
9. Jabatan Hutan 7
10. Jabatan Kastam 26
11. Jabatan Kerja Raya 12
12. Jabatan Perubatan dan Kesihatan 18
13. Jabatan Perbendaharaan 8
14. Jabatan Percetakan 18
15. Jabatan Urusetia 4
16. Jabatan Hal Ehwal Bumiputera 1
17. Jabatan Residen dan Mahkamah Daerah Kuching 5
l8. Jabatan Urusetia Hal Ehwal Cina 1
19. Jabatan Istana 2
20. Jabatan Polis 13
21. Polis Depot 1

Senarai Nama-Nama Ahli Kumpulan 338

JABATAN PELAJARAN
1. Cikgu Haji Johari Bojeng Kampung Bintangor, Kuching
2. Cikgu Kadri bin Wai Jalan Ellis, Kuching
3. Cikgu Arfan Haji Salleh Kampung No.4, Kuching
4. Cikgu Lily Eberweine Kampung Satok, Kuching :
5. Cikgu Ajibah Abol Kampung Masjid, Kuching
6. Cikgu Wan Habib Kassim bin Tuanku Haji Ali
7. Cikgu Tuanku Madhi bin Tuanku Othman Jalan Haji Mataim, Kuching
8. Cikgu Haji Othman bin Zainuddin Jalan Laruh, Kuching
9. Cikgu Alis bin Musa Kenyalang, Kuching
10. Cikgu Wan Sharbini bin Tuanku Shukran Kampung Lintang, Kuching
11. Cikgu Haji Hussein Haji Paris Jalan Astana, Kuching
12. Cikgu Haji Perhi bin Bujang Jalan Muhibbah, Kuching
13. Cikgu Haji Dolhan Haji Paris Jalan Pisang Barat, Kuching
14. Cikgu Haji Yusuf bin Johari Miri, Sarawak.
15. Cikgu Haji Edwin Haji Bakri Kampung Muda Hashim, Kuching
16. Cikgu Ibrahim bin Ali Kampung Tupong Ulu, Kuching
17. Cikgu Abang Saufi Abang Haji Gapur Kampung Masjid, Kuching
18. Cikgu Abang Anuar Abang Juaini Jalan Abong Taib, Kuching
19. Cikgu Abet Abdul Rahim Kampung No.4, Kuching
20. Cikgu Narawi bin Man Kampung Tanjong, Kuching,
21. Alustuz Haji Sharkawi bin Othman Jeddah, Saudi Arabia
22. Cikgu Haji Zain bin Hashim Kampung Patingan, Kuching
23. Cikgu Ahmad bin Topen, Guru Pelatih Kampung No.4, Kuching
24. Cikgu Zain bin Satem Kampung Masjid, Kuching
25. Cikgu Mustapha bin Ismail Kampung No.2, Kuching
26. Cikgu Julaihi bin Musa Kampung Bintangar, Kuching
27. Cikgu Othman bin Bojeng Kampung Gita, Kuching
28. Cikgu Khatib bin Drahman Kampung Istana, Kuching
29. Cikgu Derap bin Isa Kampung Parit Lama, Kuching
30. Cikgu Bisuni bin Sabang Kampung Parit Lama, Kuching
31. Cikgu Haji Aliman bin Samad Kampung Parit Lama, Kuching
32. Cikgu Umar bin Bujang Kampung Parit Lama, Kuching
33. Cikgu Haji Hashim bin Ismail Kampung Metang,Kuching
34. Cikgu Juita bt. Lambong Kampung Metang, Kuching
35. Cikgu Sulong bin Bujang JalanLaruh, Kuching
36. Cikgu Nawawi bin Bujang
37. Cikgu Hipni bin Bakri Kampung Tupong Batu, Kuching
38. Cikgu Nasar bin Alias KampungTupong Batu, Kuching
39. Cikgu Raliah bt. Mohamad Kampung Satok, Kuching
40. Cikgu Masni bt. Bakar Jalan Kulas, Kuching
41. Cikgu Jita bt. Mohamad Kenyalang Park, Kuching
42. Cikgu Poly bin Bakar Kampung Muara Tuang, Kuching
43. Cikgu Haji Jahidin bin Hassan Kampung Gita, Kuching
55. Cikgu Hamdan bin Jais Kampung Tupong, Kuching
56. Cikgu Shukri bin Mahidi Kampung Panglima Seman Lama,Kuching
57. Cikgu Suut bin Ali Kampung No.2, Kuching
58. Cikgu Ali bin Ben Kampung Gita, Kuching
59. Cikgu Abdul Kudus bin Kawi Kampung Lintang, Kuching
60. Cikgu Adnan bin Kawi Kampung Samarahan, Kuching
61. Cikgu Sharifah Hasidah bt Tuanku Mansor Kampung Tanjung, Kuching
62. Cikgu Bojeng bin Bujang Kampung Tanjung, Kuching
63. Cikgu Abang bin Kachon Kampung Lintang, Kuching
64. Cikgu Haji AbdulRahman bin Ismail Kampung Sungei Bedil, Kuching
65. Cikgu Fadzil bin Ahmad
66. Cikgu Adis bin Sapong
67. Cikgu Haji Daud bin Zain Kampung Tupong Batu, Kuching
68. Cikgu Abang Zawawi Abang Haji Latif Kampung Masjid, Kuching
69. Cikgu Salleh bin Bojeng
70. Cikgu Ulis bin Hashim Sarikei
71. Cikgu Yahya bin Taib Kampung Boyan, Kuching
72. Cikgu Salem bin Jomel
73. Cikgu Hj. Hashim bin Hassan Kampung No.4, Kuching
74. Cikgu Haji Taha bin Lembong Kampung Parit Lama, Kuching
75. Cikgu Hasbie bin Haji Busrah Kampung Masjjd, Kuching
76. Cikgu Haji Abdul Rahim bin Mada'an Kampung Bintangor, Kuching
77. Cikgu Salhah bt. Sheikh Abdullah Kampung Gita, Kuching
78. Cikgu Bujang bin Hassan Kampung Tembirat, Kuching
79. Cikgu Hol bin Jamaluddin
82. Cikgu Hasnah bt. Haji Abdul Rahman Kampung Muda Hashim, Kuching
83. Cikgu Ellis bin Abang Kampung Gita, Kuching
84. Cikgu Sheikh Abu Bakar bin Sheikh Talib Kampung Gita, Kuching
85. Cikgu Ibrahim bin Sham Limbang
86. Cikgu Nusi bin Haji Ahmad Kampung Surabaya Ulu, Kuching
87. Cikgu Taha bin Adam Kampung Sinian, Kuching
88. Cikgu Ramli bin Hussen Kampung Lintang, Kuching
89. Cikgu Abang Khalik bin Haji Abg. Madhan Kampung Bintangor, Kuching
90. Cikgu Basri bin Abon Seria, Brunei
91. Cikgu Abang Ain bin Abang Juaini Kampung Masjid, Kuching
92. Cikgu Tambi bin Dillah Kampung Satok, Kuching
93. Cikgu Morshidi bin Jumat Kampung Gita, Kuching
94. Cikgu Julaihi bin Ana Kampung Pendam, Simunjam
95. Cikgu Mohiddin bin Ibrahim Kampung Ulu Simanggang
96. Cikgu Yusuf bin Mahmud Kampung Dagang Bintulu
97. Cikgu Abang Boeng Bin Abang Zailani Kampung Patinggi Ali, Kuching
98. Cikgu Madeli bin Bujang Bintulu
108. Cikgu Adenan bin Adan Kampung Muda Hashim, Kuching
109. Cikgu Bujang bin Abdul Rahman
110. Cikgu Amin bin Ledek Miri
111. Cikgu AbangAhmad KampungTengah, Saratok
112. Cikgu Basri bin Abang Abdul Latif Kampung Tengah, Saratok
113. Cikgu Wash bin Taha KampungSekaan, Matu.
114. Cikgu Husain bin Haji Drahman Sarikei
115. Cikgu Abu Bakar bin Bujang Sarikei
116. Cikgu Yusuf bin Hossen Sibu
117. Cikgu Abdul Rahman Tebekang
118. Cikgu Agan Raja, Kelabit Bario
119. Cikgu B ahib B aram
120. Cikgu Bujang Belaga
121. Cikgu Hamzah bin Johari Mukah
122. Cikgu Zain bin Diman Buntal
123. Cikgu Sahari bin Yakup Bako
124. Cikgu Iri bin Seruji KampungSileng, Lundu
125. Cikgu Haji Bakar Marudi
126. Cikgu Zam Zam Belaga
127. Cikgu Suhaili bin Bujang Paloh
128. Cikgu Abang Rabaie bin Abang Abd. Gapor
129. Cikgu Abang Abdul Rahman Sarikei
130. Cikgu Hipni Baram
131. Cikgu Haji Gobil bin Ismawi Kampung Parit Lama,Kuching
132. Cikgu Morshidi bin Nambi Kota Kinabalu
133. Cikgu Wan Bujang bin Wan Umar Jalan Sembulang, Sibu
134. Cikgu Wash bin Abdul Rahman Matang, Kuching
135. Cikgu Mahli bin Gapor
136. Cikgu Haji Sabian bin Bujang Kampung Tanjung, Kuching
137. Cikgu Marulalam bin Abang Bakir Betong
138. Cikgu Abang Othman bin Abang Teh Sibu
139. Cikgu Haji Mohamad bin Bujang Kampung Hilir, Simanggang
140. Cikgu Rashidi bin Haji Hassan Kampung No.2, Kuching
141. Cikgu Awang Hamdan bin Awang Omar
142. Cikgu Yusuf bin Sadon KampungLintang,Kuching
143. Cikgu Abang Haji Malem bin Datuk Zain Simanggang Bandar Sri Aman,

J AB ATAN POS DAN TELEGRAF
144. Tani bin Sanjek Kampung No.6, Kuching
145. Haji Sapong bin Taril Kampung Jalan Patinggan, Kuching
146. Fadil bin Haji Kassim Kampung Muda Hashim, Kuching
147. Let bin Ali Kampung Sungei Bedil Besar, Kuching
148. Haji Kontol bin Sulaiman Kampung Sourabaya , Kuching
149. Salleh bin Bujang
150. Haji Othman bin Junit Kampung Bintangor, Kuching
151. Johari bin Said
152. Abang bin Persih Kampung Bintangor,Kuching
153. Haji Bol bin Haji Zain Kampung No.5, Kuching
154. Haji Junid bin Abdul Rahman Kampung Astana Lot,Kuching
155. Mat bin Haji Yusuf Kampung Tanjung, Kuching
156. Haji Awi bin Sawek Kampung No.2, Kuching
157. Keria bin Said Kampung Sinjan, Kuching
158. Gebil bin Bakar Kampung Siol Kandis, Kuching
159. Mat bin Hassan
160. Mohamad bin Dol Kampung Sinjan, Kuching
161. Sejili bin Haji Ibrahim Kampung Masjjd, Kuching
162. Ali bin Haji Hashim Kampung Satok, Kuching
163. Yok binTapa Kampung Gita, Kuching
164. Abdul Rahman bin Rais
165. Ghani bin Umar
166. Othman bin Abang Dollah Kampung Lintang, Kuching
167. Halel bin Abon Seria
168. Haji Pi'ee bin Bohari Kampung Sungei Bedil Besar, Kuching
169. Omar bin Sulaiman JalanMuhibbah, Kuching
170. Sirat bin Haji Jaraee lalan Haji Taha, Kuching
171. Bolok bin Mohamad Kampung No.3, Kuching
172. Ismurni bin Tassan Kampung No.2, Kuching
173. Haji Chem bin Ali Kampung No.3, Kuching
174. Awang Zimi bin Awang Sulaiman
175. Ali bin Bujang
176. Simpoh bin Wan Osman Kampung Haji Taha, Kuching
177. Taha bin Brahim Kampung Satok, Kuching
178. Rodi bin Sahari Kampung Sungei Periok, Kuching
179. Wahid bin Medeli Kpg. Tabuan,Kuching
180. Mat bin Sadam Kampung Gita, Kuching
181. Halel bin Hassan
182. Bohari bin Medeli Kampung Muhibbah, Kuching
183. Mat Taha bin Abang Kampung Muhibbah, Kuching
184. Haji Sedek bin Matsah Kampung Sungei, Periok,Kuching
185. Matahir bin Mataha Kampung Kulas, Kuching
186. Sebol bin Mat
187. Bujang ak Suboh Kampung Tabuan Rentis,Kuching

JABATAN LAUT
188. Abdul Karim bin Haji Mustapha
189. Arif bin Sa'at Kampung Muhibbah. Kuching
190. Haji Salleh bin T.K. Sudin Jalan Haji Bolhassan, Kuching
191. Kassim bin Salleh Kampung Pulo,Kuching
192. Awang Tong bin Awang Ali Kampung Lintang, Kuching
193. Lamat bin Tarip
194. Adam bin Haji Jenal
195. Zainal bin Sadon Kampung Lintang, Kuching
196. Mohd. Brahim bin Awang Taip Kampung Sungei Bedil Besar, Kuching
197. Haji Hipni bin Haji Rais Kampung Muda Hashim,Kuching
198. Awang Hashim bin Awang Johari Kampung Panglima Seman.Kuching
199. Suib bin Seman
200. Deris bin Bohari Jalan Muhibbah, Kuching
201. Mansor bin Karim Kampung Bintangor, Kuching
202. Pathi bin Taha Kampung No.4, Kuching
203. Jelet bin Pendek Kampung No.5, Kuching Meni-oggal
204. Sulong bin Sulaiman Kampung Sourabaya, Kuching
205. Haji Daud bin Gani Miri
206. Ahai bin Abdullah Kampung Semera, Simunjan
207. Samat bin lsa Kampung No.2, Kuching
208. Bojeng Brunei
209. Kili bin Abeng
210. Abu bin Taha
211. ldris bin Ali Kampung Sungei Bedel Besar, Kuching
212. Kirah bin Abdul Razak Kampung Sungei Bedel Besar, Kuching
213. Abang bin Sapong Kampung Sungei Bedel Besar, Kuching
214. Haji Sahari bin Drahman Kampung Parit Lama, Kuching
215. Bujang bin Umar
216. Reduan bin Safuddin Kampung Tanjong, Kuching
217. Haji Sabang bin Race
218. Manan bin Seman
219. Hashim bin Zainal
220. Haji Abi bin Lazan
221. Drahman bin Medan
222. Udin Limbang
223. Abon bin Johari
224. Abu Bakar bin Ali Kampung No.l, Kuching
225. Ali bin Rais
226. Arsad bin Tajuddin Kampung Sourabaya Hilir,Kuching

JABATAN KASTAM
227. Haji Mohd. Salleh Embai Jalan Laruh, Kuching
228. Weng Abdul Rahim Kampung No.4, Kuching
229. Zain bin Jol Kampung Bintangor, Kuching
230. Hipni bin Abdul Rahman Kampung Batu 9,Matang Kuching
231. Haji Sahari bin Hashim Jalan Laruh,Kuching
232. Haji Yak bin Othman Kampung Satok, Kuching
233. Usop bin Akim Limbang
234. Nor bin Arai .
235. Haji Mahidi bin Ana Kampung Bintangor,Kuching
236. Nawawi bin Haji Zain Kampung Bintangor,Kuching
237. Amit bin Sapong Kampung Bintangor, Kuching
238. Zen bin Haji Ahmad Kampung Kudei, Kuching
239. Mustapha bin Keli Kampung Lintang,Kuching
240. Matrip bin Bakar Kampung Lumba Kuda, Kuching
241. Haji Tomy bin Rasid Kampung No.2, Kuching
242. Haji Kiplawi bin Salleh Kampung Sourabaya , Kuching
243. Haji Badwi bin Ahmad Kampung Bintangor. Kuching
244. Ismail bin Mohamed Kampung Boyan,Kuching
245. Haji Sabli bin Drahman Kampung No.2, Kuching
246. Haji Othman bin Haji Drahman Kampung Tanjong, Kuching
247. Salleh bin Uden Kampung Bintangor. Kuching
248. Haji Hasbie Sulaiman Kampung No.4. Kuching
249. Ahmad bin Ali Bombay Kampung Panglima Seman. Kuching
250. Abang Ibrahim bin Abang Jalani Kampung No.3. Kuching
251. Mohtar bin Udin Kampung Boyan. Kuching
252. Haji Led bin Yusup Kampung Muda Hashim,Kuching
253. Awang Kassim Sarikei
254. Daud Kampung Gita. Kuching
255. Hashim Bol

,LABATAN TANAH DAN UKUR
256. Datuk Tem: Abang HajiSafuani Abang JuainiJalan Haji Taha, Kuching
257. Haji Julai bin Yahya Kampung Tanjong, Kuching
258 Manis bin Jol Kampung Masjjd. Kuching
259. Bujang bin Majid Kampung No.5. Kuching
260. Awang Ejih bin Awang Umar Kampung Sourabaya,
261. Salleh bin Nor Kampung No.4, Kuching
262. Said bin Haji Ahmad
263. Ejas bin Jais Kampung Bintangor, Kuching
264. Ramzi bin Rashidi Jalan Laruh, Kuching
265. Zaini bin Bakar Jalan Kulas, Kuching
266. Wan Anuar bin Syed Hashim Kampung Gersik, Kuching
267. Mohamad (Mambo) Sarfan Kampung Satok, Kuching
268. Juis bin Lumbak Kampung Masjid, Kuching
269. Haji Bujang bin Abdul Rahman Kampung No.4, Kuching
270. Hj. Zainuddin bin Haji Azhari Kampung Istana, Kuching
271. Hj. Jalal bin Hassan Jalan Muda Hashim, Kuching
272. Haji Gani bin Haji Wahid Jalan Haji Taha, Kuching
273. Pawek bin Sudin Kampung No.3, Kuching
274. Abang Ahad bin Abang Ahmad Sibu

JABATAN PERUBATAN DAN KESIHATAN
275. Tan Sri Datuk Haji Su'aut Tahir Jalan Tun Abdul Rahman Ya'kub, Petra Jaya, Kuching
276. Naim bin Haji Sulaiman Kampung Ulu Serian
277. Haji Suhaili bin Hassim Kampung Haji Metaim, Kuching
278. Ojek bin Pet Kampung No. 1,Kuching
279. Nawawi bin Forkan Jalan Muda Hashim, Kuching
280. Nor bin Lambong Jalan Muda Hashim
281. Hossen bin Lampong Sabah
282. Haji Razali bin Sarpan Kampung Gita, Kuching
283. Taha bin Uden Jalan Haji Metaim, Kuching
284. Razali bin Abdul Rahim Kampung No.4, Kuching
285. Su'ut bin Buang Kampung PatinggiAli, Kuching
286. Reduan bin Jol Kampung No.2, Kuching
287. Ali bin Latif Kampung Tanjong, Kuching
288. Haji Gol bin Sapah Kampung No.3, Kuching
289. Haji Dawi bin Abdul Rahman Kampung No.6, Kuching
290. Haji Ariffin bin Abd. Rahman Kampung No.6, Kuching
291. Haji ismail bin Hassan Jalan Haji Bolhassan, Kuching

JABATAN PERCETAKAN
292. Haji Sawi bin Ibrahim Kampung No.6, Kuching
293. Mahli bin T.K. Othman Kampung No.5, Kuching,
294. Abang Abdul Wahab binAbang Haji Azhari Jalan Muhibbah, Kuching
295. Haji Busrah bin Othman Kampung Masjid, Kuching
296. Jamel bin Haji Busrah Kampung Masjid, Kuching
297. Haji Hussin bin Jais Jalan Laruh Barat, Kuching
298. Rosli bin Sulong Singapura
299. Sabang bin Ibrahim Kampung Masjid, Kuching
300. Basri bin Rais
301. Abang Mustapha bin T.K.A. Haji Spawi Kampung Gita, Kuching
302. Abdul Latif bin Drahman Kampung No.3, Kuching Meningg
303. Haji Nawawi bin Othman Jalan Haji Mataim, Kuching
304. Haji Sirat bin Jali Kampung Bintangor, Kuching Meningg~
305. Dahlan bin Sulong Kampung Satok, Kuching Meningg;
306. Haji Dahlan bin Yahya Kampung Muda Hashim, Kuching
307. Haji Len bin Yahya Kampung Bintangor, Kuching Meningg~
308. Haji Dollah bin Jair Kampung Muda Hashim, Kuching Menin;
309. Satem Kampung Tanjung, Kuching

JABATAN BOMBA
309. Haji Fadzil bin Bujang
310. Buang bin Mat
311. Sebli bin Lamat Kampung No.6, Kuching
312. Abang bin Indek
313. Bakat
314. Was bin Bakar Kampung Tanjong, Kuching
315. Tambek bin Bakar Kampung Tanjong, Kuching
316. Abot bin Abdul Razak Kampung Landeh, Kuching
317. Tambik Kampung Pula, Kuching
318. Job Kampung Kudei, Kuching
319. Elli bin Seni Parit Lama Barat, Kuching
320. Kawi Kampung Sungei Maong, Kuching
.321 Suhaili bin Gani
322. Suhai bin Taba Kampung Patinggan, Kuching
323. Osman Kampung Sungei Maong, Kuching
324. Mahidi bin Daud
325. Abdul Razak (Dol) bin Mohamad Kampung Sungei Bedel Besar, Kuching
326. AM bin Basn Kampung Sinjan, Kuching
327. Razali bin Salleh Kampung Sinjan, Kuching
328. Selet Kampung No.6, Kuching
329. Hamdan bin Endi


JABATAN PERBENDAHARAAN
330. Abang bin Jol Kampung Haji Bolhassan, Kuching
331. Aiknee bin Taip Kampung Hajj Metaim, Kuching
332. Roben bin Rasid Kampung Hajj Bolhassan, Kuching
333. Abdul Rahman bin Sarpan Kampung Gita, Kuching
334. Sabari bin Abdul Rahman Kampung Boyan, Kuching
335. Abdul Rahim bin Sahari Jalan Muhibbah, Kuching
336. Hipni bin Sa'at Kampung No.4, Kuching
337. Abang Nusi bin Datuk Haji Suhaili Kampung Bintangor, Kuching
JABATAN POLIS SARAWAK
338. Haji Ahmad Zaidel bin Haji Tahir . Kampung Masjid, Kuching
339. Abang Haji Kassim bin Abang Taha Kampung Masjid, Kuching
340. Hj. Haron bin Haris Kampung Satok, Kuching
341. Hamdan bin Eden Kampung Boyan, Kuching
342. Petani bin Manan Kampung No.5, Kuching
343. Ibrahim bin Ali Kampung Tabuan, Kuching
344. Haili bin Samat
345. Abang Ali Basah bin Abang Iden Kampung No.6, Kuching
346. Morshidi bin Olo Kampung No.l, Kuching
347. Abang Haji Zain bin Abang Haji Latif Jalan Tanjong, Kuching
348. Edi bin Arif Kampung Patinggan, Kuching
349. Ellen bin Zen Kampung Hajj Kassan, Kuching
350. Jaraee bin Johari Lutong, Miri
351. Wan Abdul Rahman bin Tuanku Haji Hamid Betong
352. Haji Sa'ar bin Yahya Kampung Dagang, Miri

JABATAN KERJA RAYA
353. Hassan bin Udin Jalan Laruh, Kuching
354. Haji Omar bin Amit
355. Said bin Singak KampungNo. 6, Kuching
356. Haji Gedong bin Haji Salleh Kampung No.4, Kuching
357. Haji Man bin Satem
358. Sulaiman bin Ali Jalan Haji Mataim, Kuching
359. Haji Mustapha bin Junit Jalan Muda Hashim, Kuching
360. Shafiee bin Amin Kampung Panglima Seman, Kuching
361. Luntong bin Taha
362. Haji Nor bin Deris Kampung No.l,Masjid Kuching
363. Melian bin Saifuddin Kampung No.2, Kuching
364. Bujang bin Dollah

JABATAN MUZIUM
365. Sedek bin Yusuf Kampung , Boyan, Kuching
366. Kem bin Haji Jeman Kampung Muhibbah, Kuching
367. Embun bin Zain Kampung Lumba Kuda, Kuching
368. Sulaiman bin Salleh
369. Abon bin Ghani
370. Yaman bin Sa'at
371. Ismail bin Said
372. Dobet bin Buang
373. Dahlan bin Meterang Kampung Pulo, Kuching

JABATAN PERHUTANAN
374. Madhi bin Sa'at Kampung No.4, Kuching
375. Haji Sulaiman bin Latif Kampung Lintang, Kuching
376. Tayu (Fadzli) bin Mohamad Kampung Gita, Kuching
377. Tahir bin Taha
378. Seli bin Haji Abeng Kampung Satok, Kuching
379. Abu Bakar bin Mat
380. Abang bin Haji Bojeng
381. Alfred Jamuh


JABATAN RESIDEN DAN PEGAWAI DAERAH
382. Abang Haji Abdul Latif bin Haji Zaini Kampung Haj i Kassan, Kuching
383. Jamel bin Haji Su'ut Kampung Sinjan, Kuching
384. Fadzil bin MajIi Kampung Santubong, Kuching
385. Busrah Sarikei
386. Zawawi bin Awang

JABATAN PERTANIAN
387. Saji bin Haft Dris Kampung Tanjong, Kuching
388. Zain bin Hussen Kampung Lintang, Kuching
389. Haji Safian bin Haji Azhari Kampung Astana, Kuching
390. Haji Johara bin Said
391. Haft Tepol bin Debot Miri

JABATAN PERBANDARAN
392. Haji Dollah bin Haji Bakawi Kampung No.3, Kuching
393. Ainnie bin Hassan Kampung Tanjong, Kuching
394. Abang bin Serah Jalan Dagok Barat, Kuching
395. Sulong bin Sahari Kampung Masftd, Kuching


JABATAN URUSETIA KERAIAAN
396. Mat bin Sijin
397. Haji Abdul Rahman bin Wahid Kampung Sinjan, Kuching
398. Zain bin Mat (Zainal Abidin)
399. Penghulu Hj. Ibrahim bin Hassan Sendu Kampung Astana, Kuching

JABATAN ISTANA
400. Bujang bin Piee Kampung Boyan, Kuching
401. Abang Yan bin Abang Haji Jol Kampung Patinggan, Kuching.
402. Jamel bin Boyong Kampung Sungei Bedel Besar, Kuching
403 Nahrawi bin Abang

JABATAN HAL EHWAL BUMIPUTERA
404. Tan Sri Datuk Amar bin Abang Ikhwan Kampung Patinggan, Kuching
405. Tuanku Haji Ahmad bin Syed Mustapha Kampung Haji Mateim, Kuching

JABATAN UNDANG-UNDANG
406. Said bin Sijin Kampung Gita, Kuching

POLIS DEPOT
407. Kipli Kampang Panglima Seman, Kuching

JABATAN URUSETIA HAL EHWAL CINA
408. Sirat bin Hap Bakawi Kampung Jalan Hap Mataim, Kuching

LEMBAGA PERATURAN GETAH
409. Robert Jitam Kuching

.

Gabenor-Gabenor Inggeris di Sarawak

Nama                                                          Tempoh
1. Sir Charles Noble Arden Clarke             29hb Okt 1946 -  26hb Julai 1949
2. Mr. Duncan George Steward                 14hb Nov1949 - 3hb Dis 1949
3. Sir Anthony Foster Abell.                       4hb April 1950 - 15hb Nov 1959
4. Sir Alexander Waddell.                         23hb Feb 1960 - 15hb Sept 1963

15 Dis 2009

'The Cession Day' - 1 Julai 1946

1. Sarawak rasminya menjadi tanah Jajahan Koloni pada 1 Julai 1946.

2. Mr C.W. Dawson  telah dilantik sebagai pemangku Gabenor Sarawak sehingga Oktober 1946 apabila Sir Charles Noble Arden Clarke, Kt., C.M.G.

3. Pemangku Gabenor telah melawat ke seluruh Sarawak dan meraih sokongan penduduk terutamanya yang tinggal di kawasan pedalaman dan hulu sungai untuk menyokong kerajaan baru. Hal ini tidak mampu dibuat oleh Kerajaan Brooke.

4. Majlis sambutan Gabenor baru itu hampir tidak didatangi oleh wakil orang Melayu dan bumiputera kecuali yang pro-Koloni termasuk DPTA Haji Abdillah.

.

Petikan Kata-Kata cabaran dan semangat

"Kemerdekaan Sarawak terhapus disebabkan oleh pembesar2 yang berperasaan kolot yang dipengaruhi oleh Sir Charles Vyner Brooke, dan oleh persetujuan buta tuli bagi ketua yang buta huruf didalam persidangan Council Negri dalam tahun 1946.' 


'Penyukong2 Rajah Vyner Brooke sekarang menerima kesenangan, kemuliaan dan kebesaran, manakala raayat2 jelata terkena tindeh, tekan dan tindas. Raayat memikol bebanan yg. berat, iaitu terpaksa membayar chukai2 berat.'


'Itu bukan-nya tanda kepuasn hati raayat bersetuju mendaftarkan nama2 mereka, tetapi hanya menun-jokkan diri mereka supaya jangan terkena tudoh berperasaan Anti-British,' ( Merujuk kepada Circular no. 9)

Petikan kata-kata Awang Rambli, Setiausaha Agung PPM Bhgn Ketiga terbitan dari media massa dalam artikel 'Perihal Sarawak' yang dilaporkan oleh Wakil Utusan Sarawak..


'Ada pemuda Melayu yang radikal, tegas, agresif dan berani, kita tangkap, penjara, gantung sampai mati. Biar semua Melayu jadi kerbau, cucuk hidung. 
Inilah dasar Penjajah! 
Tapi tidak semua orang Melayu boleh dicucuk hidung, 
macam sapi!' 


'Allah sentiasa bersama orang yang benar.'


Petikan kata-kata Rosli Dhoby.

.
'Jikalau British tidak menjajahi Sarawak, 
maka perbuatan jenayah itu mungkin tidak akan berlaku.

Anthony Brooke


SUMPAH ANAK BUMI

Suatu hari, di Muara Sungai Rejang ketika penentangan rakyat Sarawak terhadap pemerintahan Inggeris memuncak di bumi Sarawak tercinta berdirinya seorang anak muda yang jiwanya dibaluti semangat kebebasan untuk tanah airnya, rakyatnya, bangsanya dan agamanya berucap di hadapan ratusan anak muda yang lain yang berjuang di aliran yang sama... 

"Ingat saudara sekalian... Kebebasan tanah air kita tok bukan terletak atas bahu Sharif Masahor sorang. Tapi terletak pada setiap bahu daripada kita yang ngakuk diriknya anak Sarawak. Kitalah yang harus berjuang membebaskan negeri tok dari tangan Inggeris..."


Petikan kata-kata Sharif Masahor



 7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika rakyat bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

1) Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

2) Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

3) Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

4) Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

5) Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

6) Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

7) Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Memorandum Bantahan - DPHA dan PKMS

“They have regarded themselves as exercising a trust on behalf of the people of Sarawak to whom the country belongs. Rajah Sir Charles Vyner Brooke, however, has sought to cede Sarawak to the British Crown by employing the 1941 Constitution to his own advantage.
 
“There was no justice in this act, which constitutes a breach of faith with the people. Furthermore, Sir Charles Vyner Brooke had no power whatever to offer cession. The Constitution was never devised for such a purpose, but was enacted to advance the welfare and progress of the people.
 
 “The acceptance by His Majesty’s Government of such a cession from Sir Charles Vyner Brooke, which purports to make Sarawak a British colony, is not valid, and such an act is not only inconsistent with the Constitution but it was also a breach of international law. The indigenous people throughout the entire country reject this act of cession.
 
“The vote of native communities at the State Council meeting recently held to discuss the cession proposal accurately reflected the attitude of the people, that is to say, the cession was no agreed to by the majority of the people.
 
 “We respectfully request Your Excellency to convey to His Majesty’s Government an expression of the wishes of the indigenous people and their opposition to cession. We trust His Majesty’s Government will give their most careful and just consideration to our request and that they will bring the matter to the notice of His Majesty the King so that he may revoke the cession by the exercise of the powers conferred on him by clause four of the Sarawak Cession Order-in-Council of June 26, 1946, and that His Majesty will thereby restore to Sarawak the independence it has enjoyed hitherto under the protection of the British Crown.
 
“The right of succession to the Raj of Sarawak, in accordance with the wishes of the people of the country to whom it indisputably belongs, is vested in the heir of the Brooke family, His Highness the Tuan Muda, Bertram Brooke, and his son the Rajah Muda, Anthony Brooke.
 
" We respectfully sign ourselves 
(sd) Abang Haji Abdillah, Datu Patinggi; 
(sd) Abang Haji Zaini, Present Malay Nation Union of Sarawak."


Sumber : http://www.angelfire.com/journal/brooke2000/AnthonyStory.html

Bermulanya Perjuangan Anti-Penyerahan

1. Telah berlaku perarakan dari kampung ke kampung di Bandar Kuching hingga ke Tugu Peringatan Brooke, di hadapan bangunan Mahkamah Tinggi Sarawak. Pembawa-pembawa sepanduk berteriak dengan penuh semangat membantah Penyerahan. Laungan-laungan seperti:
  1. 'KAMI MAHU BROOKE'
  2. 'KAMI MAHU KEMEREKAAN'
  3. 'NO CESSION  ALTANTIC CHARTER MUST BE RESPECTED.'
  4. 'HANCUR PENJAJAH BRITISH'
2. Tidak dinafikan bahawa Penyerahan telah membawa pembangunan ke Sarawak, namun apa yang dikesalkan ialah rakyat Sarawak telah berpecah belah, berselisih pendapat dalam semua aspek hidup mereka- Sarawak Tribune.

3. Sebahagian besar yang membantah Penyerahan adalah dari kalangan orang Melayu walaupun pada mulanya terdapat penyertaan orang Iban di dalam perjuangan tersebut. Koloni telah berjaya menyakinkan orang Iban bahawa Koloni mahu membantu meningkatkan taraf hidup dan pendidikan mereka terutamanya di Bahagian Ketiga. Koloni juga meyakinkan Orang Iban bahawa Rajah hanya menumpukan pembangunan kepada orang Melayu sahaja menyebabkan orang Melayu membantah secara besar-besaran Penyerahan ini padahal, pokok persoalannya lebih menjurus kepada pengkhianatan janji oleh Koloni untuk membiarkan Sarawak diperintah oleh orang Sarawak sendiri setelah perang Jepun tamat.

4. Rajah Brooke pernah menyeru kepada pewaris takhtanya agar melihat Sarawak dan Rakyatnya sebagai amanah dan bukannya tanah jajahan dan milik Rajah. Namun, amanah ini telah dipecahkan oleh Rajah Vyner. Bagi masyarakat Melayu, bantahan ini lebih kepada soal prinsip, amanah dan perpaduan rakyat.

5. Bermula 1946, terjadilah selisih faham dalam Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak berkenaan cara dan corak bantahan yang hendak dilancarkan. Golongan tua lebih mengutamakan cara budiman untuk menyelesaikan masalah ini manakala golongan muda yang terdiri daripada ahli profesional dan bukan berasal dari perabangan mahukan cara yang pantas tanpa diplomasi yang tinggi.


Sumber:

Perjuangan anti-cession Sarawak: Peranan utama Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak by Mohd. Hasbie Sulaiman
.

Undian Penyerahan dan masalah bahasa

1. Masyarakat bumiputera khasnya orang Dayak yang berada di serata pelusuk negara Sarawak tidak berapa memikirkan hal penyerahan ini. Bagi mereka, ia cuma pertukaran antara Rajah Brooke kepada Raja yang lebih berkuasa tetapi tidak dikenali.

2. Bagi orang Melayu, sifat taat setia kepada pemimpin dan wasiat diRaja yang dimungkiri menyebabkan mereka menentang. Tambahan lagi, ia telah memecahbelahkan masyarakat bumiputera Sarawak kepada dua- Pro-Cession dan Anti-Cession.

3. Bagi orang Cina pula, majoritinya menyokong penyerahan kerana berpendapat ia akan membawa keuntungan dan nilai perdagangan yang lebih luas di luar dan ke dalam Sarawak.

4. Dalam mesyuarat terakhir membincangkan penyerahan, ucapan dan bidasan ahli-ahli Majlis Negri berbangsa Inggeris yang menentang penyerahan tidak diterjemahkan ke dalam tiga bahasa : Melayu, Dayak.dan Inggeris. Hanya ayat-ayat yang berbau ugutan kepada sesiapa yang menentang penyerahan diterjemah ke dalam bahasa Melayu.

5. Terdapat soalan-soalan para perwakilan tidak dijawab dan jika ada pun tidak diterjemah ke dalam bahasa Dayak dan Melayu. Soalan seperti bantuan kewangan yang akan Koloni berikan kepada Sarawak juga tidak di ulas. Tanggapan yang berjaya digambarkan di dalam mesyuarat tersebut adalah 'Tanpa Penyerahan, Tiadalah Wang' untuk Sarawak.

6. Dalam mesyuarat tersebut, 12 perwakilan setuju dan 9 perwakilan menentang. Mr Philip Jitam yang telah menandatangani surat persetujuan usul itu, telah berucap mengutuk tindakan tersebut kerana ia telah membelakangi waris sah Rajah iaitu, Tuan Muda Bertram.

7. Dengan keputusan mesyuarat ini, maka, berakhirlah legasi Kerajaan Rajah Putih di Sarawak.


Nota:
[Hearsay]
a. Rajah Vyner mempunyai isteri dan anak-anak perempuan yang boros. Adalah dikatakan, banyak wang kerajaan telah untuk memenuhi keperluan mewah keluarganya. Oleh kerana hutang yang terlalu banyak, dan bimbang jatuh bankrap, Rajah Vyner dipujuk isterinya untuk menyerahkan Sarawak kepada Koloni dan pampasan yang diberikan sebagai pencen boleh digunakan untuk menyara hidup mereka.

b. Terdapat juga khabar angin mengatakan, Rani telah menghasut Rajah untuk tidak berjumpa dengan Tuan Muda kerana Rajah Vyner pasti akan termakan kata-kata adiknya itu.

c. Ada juga pendapat mengatakan, Rajah Muda tidak bersungguh-sungguh dalam menuntut pembebasan Sarawak dari pengaruh Koloni.

d. Adalah dirasakan penyerahan Sarawak secara penipuanlah yang menyebabkan rakyat Sarawak yang terkenal dengan patuh kepada pemerintah ini berkecil hati dan berasa diperbodohkan. Maka tercetusnya pergerakan Anti-Cession di seluruh negara terutamanya di Bahagian Pertama dan Ketiga.


Sumber : Facts of Sarawak by Anthony Brooke.
.

13 Dis 2009

Muslihat dan Pengaruh Kerajaan Makhota Inggeris

1. Sehingga November 1941, kuasa dan pengaruh Kerajaan Makhota Inggeris agak terhad kepada hubungan luar seperti yang termaktub di dalam 'The Treaty 1888.'


2. Sebenarnya, semasa pemergian Rajah Charles ke Australia, Rajah telah mengatur strategi agar Sarawak ditabdir oleh Kerajaan Sementara di bawah kuasa Tuan Muda Bertram. Sepanjang tempoh 1941 hingga awal 1944, kerajaan Rajah tidak berapa mengendahkan usaha Kerajaan Makhota untuk membuat Perjanjian Tambahan (Baru) kepada Perjanjian Pertama 1888 untuk membebaskan tanggungjawab mereka dalam mempertahankan Sarawak dari ancaman luar dan menukarnya kepada pengwujudan jawatan Pesuruhjaya atau Wakil Inggeris dalam kerajaan Sarawak.


3. Banyak muslihat telah dirancang agar Kerajaan Makhota mendapat lebih banyak pengaruh untuk campur tangan dalam urusan kerajaan Rajah. Memandangkan kewangan negara Sarawak ketika itu sangat teruk dan menghampiri bankrupsi, Kerajaan Makhota berusaha untuk meluaskan pengaruhnya ke Sarawak. Perbincangan awal telah tergendala kerana perang Jepun.


4 .Dalam satu surat kepada Kerajaan Makhota, Rajah menulis:


"I and my family are trustee for the State of Sarawak and the people of Sarawak, who are aware that it is not in the position of a 'Colonial Dependency,' so their consent to any step which tend to approach such a relationship would naturally be obtained. It can scarcely be obtained at the present time when, the owing to the unavoidable inability of Protecting Power to preserve them from the invasion, they are under an alien rule".- 19 June 1944.


5. Perbincangan berkenaan hal tersebut pada tahun 1944 telah menyaksikan Rajah menghantar wakilnya melalui Tuan Muda Bertram, Pentadbir Kerajaan Sementara Sarawak. Namun, Tuan Muda mengalami masalah kesihatan pada waktu itu dan terpaksa bersara dari kerajaan. Rajah Muda telah dihantar untuk menyertai rundingan. Namun tidak lama selepas itu, atas sebab-sebab yang tidak diketahui, 'Kerajaan Sementara' itu telah dimansuhkan oleh Rajah itu sendiri. Rajah Muda telah menghantar banyak surat bantahan atas tindakan kedua-dua kerajaan yang ingin mengemaskini perjanjian asal.


6. Kerajaan Makhota memaklumkan kepada Rajah Ketiga bahawa Rajah Muda telah 'tidak memberi respon peribadi' dalam perbincangan. Ketika Rajah Ketiga ingin mengetahui lanjut kenyataan tersebut, terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan terlaku menyebabkan hal ini tergantung. Namun, Rajah Muda membantah secara terhormat kenyataan itu dan meminta Rajah untuk tidak mengugurkan namanya sebagai waris takhta. Dua orang peguam yang dikatakan tidak memberi respon dalam perbincangan itu juga telah diperintah bersara wajib dalam thn 1945.


7. Apabila kembalinya Rajah Ketiga ke Sarawak, 15 April 1946, Rajah Ketiga memerintah Sarawak kembali. Di dalam pemikiran Rajah sekarang adalah untuk melakukan PENYERAHAN atau CESSION. Rajah berpendapat itulah cara yang paling baik untuk kerabatnya dan rakyat Sarawak untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik. Kerajaan Makhota dapat 'menghidu' bahawa Sarawak akan memohon pertolongannya juga.


8. 2.75 juta pound telah diberikan oleh Setiausaha Koloni kepada kerajaan Sarawak sebagai pampasan untuk kesusahan pentadbirannya semasa pendudukan Jepun. Satu juta pound disyaki sebagai suapan telah diberikan oleh wakil yang dilantik oleh Rajah dan Ajen Inggeris kepada wakil-wakil masyarakat Sarawak yang dikenal pasti dan mendapat sokongan idea penyerahan Sarawak. Selebihnya, adalah untuk pembangunan Sarawak.


9. Terdapat pegawai yang pro-Brooke atau penyokong Tuan Muda Bertram telah dinasihatkan bersara awal, dihantar bertugas ke luar Sarawak dan dihalang memasuki Sarawak sehingga selepas Mei 1946. Dalam tempoh itu, dikatakan telah diadakan punggutan suara ahli-ahli Parlimen, Majlis Negri dan rakyat jelata.


10. Wakil-wakil masyarakat Melayu dan bumiputera telah didatangi dua wakil Inggeris dan diberikan sejumlah wang sebagai 'elaun tertunggak' sepanjang pendudukan Jepun dan seterusnya diminta menandatangani surat persetujuan penyerahan.19 undi mencadangkan usul itu dan 16 membantah semasa soal selidik dilakukan oleh wakil Rajah dan Koloni.



11. Para perwakilan Melayu dan bumiputera pada mulanya tidak bersetuju kerana belum mendengar sendiri kata-kata Rajah dan Tuan Muda. Namun, apabila mereka telah diberitahu bahawa Tuan Muda telah bersetuju dengan idea penyerahan itu maka mereka pun menandatanganinya kecuali Datu Patinggi. Namun, setelah diugut oleh Datu Mentri dan Datu Amar yang ditemani oleh Abang Muhammad Daim, beliau menandatangai surat tersebut kerana takut nyawanya terancam.


12. Pada 6 Februari 1946, Rajah telah mengeluaran titahnya;


'... it is the case in Sarawak that all authority derives from Rajah. The people trust the Rajah and what the Rajah advises for the people is the will of the people. I am the spokesman of the people's will. No other than myself has the right to speak on your behalf. No one of you will question whatsoe'er I do in his high interest. No power nor personal interest shall subvert my peoples' happiness and future. The Happiness of your future lies within another realm. There shall be no RAJAH OF SARAWAK after me. My people will be the subject of the KING...'


13. Tuan Muda Bertram tidak diajak berunding berkenaan hal ini. Ini jelas melanggar Wasiat Politik ayahnya. Beliau juga telah dihalang memasuki Sarawak sepanjang tempoh perbincangan penyerahan. Beliau hanya mengetahuinya melalui pengumuman oleh BBC di House of Common pada 6 Februari 1946. Akhirnya, di bawah tekanan, Rajah mengizinkan Tuan Muda memasuki Sarawak dengan syarat beliau bersetuju dengan penyerahan itu.


14. Setelah mengetahui kehendak Rajah adalah tanpa rundingan dengan Tuan Muda, Datu Patinggi menyerahkan semula wang 12 ribu pound yang diberikan oleh Mr McBryan sebagai pampasan kepadanya. Mr Philip Jitam dan Me Edward Jerah, wakil masyarakat Dayak juga telah menentang penyerahan ini setelah mengetahui hal sebenar. Tetapi, semuanya telah terlambat.




setiakasih a.k.a Suhana_s

Sumber: The Facts of Sarawak bt Anthony Brooke

Zaman Jepun dan Pemerintahan Tentera Australia

1. Apabila Jepun menjajah Sarawak, seakan tiada rekod dalam sejarah tentang kekejaman Tentera Jepun terhadap rakyat Sarawak. Apa yang ada hanyalah kata-kata lisan pengalaman peribadi rakyat Sarawak itu sendiri. Ini mungkin kerana tidak ramai orang Inggeris berada di Sarawak pada waktu itu dapat mendokumentasikan catatan sejarah hitam itu.

2. Adalah dipercayai, penduduk di kawasan bandar di bahagian Pertama dan Ketiga paling merasakan pahit getir hidup berhadapan dengan pentadbiran Jepun berbanding rakyat yang tinggal di kampung.

3. Pada September 1945, Tentera Australia telah mendarat di Sarawak dan menewaskan Tentera Jepun.

4. Sarawak diperintah di bawah Pentadbiran Tentera Australia sehingga Mac 1946.

5. Banyak kerosakan telah terjadi semasa pemerintahan Jepun bukan sahaja dari segi material tetapi juga dari segi moral.

5. Pentadbiran Tentera Australia telah membantu sedikit sebanyak dalam membangunkan beberapa frasarana penting seperti kemudahan kesihatan di Sarawak dengan bantuan pegawai-pegawai muda dan tidak terlatih. Terdapat juga sedikit bantuan tenaga kerja orang Inggeris yang pernah berkhidmat di Sarawak yang kembali berperingkat-peringkat ke Sarawak

6. April 1946, Rajah Kedua kembali ke Sarawak. Beliau kembali bersama-sama para pegawai Inggeris yang pernah berkhidmat di Sarawak. Banyak perancangan pembangunan dan pembinaan semula dirangka. Namun ia tidak banyak membantu dari segi menaikkan mental dan fizikal. Kesannya dirasai setelah beberapa ketika.

7. Taraf hidup rakyat semakin teruk. Banyak kehilangan nyawa dan harta benda berlaku semenjak pendudukan Jepun. Kes jenayah semakin meningkat terutamanya rompakan dan kecurian pada awal 1946 tetapi dalam keadaan perlahan.

8. Kekejaman Jepun, kegagalan Kerajaan Makhota dan Kerajaan Rajah sendiri untuk mempertahankan Sarawak telah menjadikan rakyat Sarawak terumbang ambing dan dipenuhi dengan perasaan curiga dengan segala apa yang baru diperkenalkan.



setiakasih a.k.a Suhana_s

Koleksi Bendera Kerajaan Sarawak

1. Bendera Pertama Sarawak / Bendera Peribadi Sir James Brooke



2. Bendera kedua Swk

 

3. Keempat



4. Union Jack n Swk




5. Trisakti





6. Bendera terkini










.

12 Dis 2009

Mengenangmu kembali - Rosli

Menangis aku membaca
warkah terakhir
pemuda jati anak bangsa
pejuang adalah dia...
mangsa jua
dia akhirnya

Tiada dikenang
jasanya setara
korban nyawa
korban rasa

wahai anak watan Sarawak Raya
kenangilah dia
doakan dia
Lillahi taala
walau kenangan terhadapnya
nyaris pudar ditelan masa
oleh orang-orang yang lupa,
tapi jangan sekali-kali kita.

Wahai anak Sarawak
Ceriterakan
citra wira
negara bangsa
biar hidup kembali
seorang Rosli
dalam setiap diri
anak Sarawak Sejati.


Mengenangmu kembali - Rosli  (setelah aku membaca Warkah Terakhirmu)


setiakasih a.k.a Suhana_s

Panggilan Mu Yang Suchi

Wahai Pemuda harapan bangsa
Segeralah bangun membuat-kan jasa
Kebangunan mu menyedar kan Melayu bangsa
Ka-haluan kemajuan Aman Sentosa
Wahai pemuda ber-chita suchi
Kenal-kan Sarawak Negara kita yang Asli
Meskipun bagai-mana anchaman akan terjadi
Hendak lah sa-hidup sa-mati
Mengibar-kan bendera menggambar kan hati
Menunjok-kan rupa bangsa dan Negri
Mengenal-kan hak di-tanahayer sendiri
Wahai pemuda yang ber-semangat kan gelisah
Insap-lah pada perjuangan bangsa
Lambat bangat di-takdzir Allah
Bangsa dan tanahayer tetap Merdeka.


Oleh : Lidros ( Rosli Dhoby )
Utusan Sarawak 28 Februari 1949



setiakasih a.k.a Suhana_s

11 Dis 2009

Lari ke Australia

1. Pada November 1941, dalam perbincangan antara Kerajaan Sarawak dan Ajen British satu persetujuan untuk membuat satu perjanjian tambahan kepada perjanjian yang ada. Seorang Wakil British akan ditempatkan di Sarawak dan dia berhak dimaklumkan dan nasihatnya diambilkira dalam apa-apa keputusan yang diambil oleh kerajaan Sarawak dalam semua hal.Wakil tersebut mesti menghadiri tetapi tidak unya kuasa untuk mengundi dalam semua mesyuarat Council Negri. Namun, belum sempat apa-apa pelantikan dibuat, Sarawak telah diduduki oleh Jepun.

2. Jepun telah merampas kuasa dan menawan keseluruhan Sarawak pada 25 Disember 1941. Kerajaan Makhota Inggeris yang diharapkan dan seperti termaktub di dalam perjanjian dengan Rajah-Rajah terdahulu telah mungkir janji kerana tidak menghulurkan banntuan pertahanan kepada Sarawak ketika Jepun mendarat di Miri.

3. Pada ketika itu, Rajah Ketiga berada di Australia dengan hasrat menguruskan hal-hal pentadbiran Sarawak dari sana. Semasa pemergiannya, beliau telah menubuhkan kerajaan sementara tetapi kemudian memansuhkannya dan menyerahkan kewangan negara kepada sebuah Lembaga di England. Pentadbir tabung kewangan negara pada masa itu ialah Tuan Muda Bertram.

3. Sarawak telah diperintah oleh Tentera Jepun bermula Disember 1941 hingga September 1945.

Nota:
[Hearsay] Mengikut cerita Atuk saya dan orang tua-tua di kampung yang pernah merasai Zaman Brooke dan Jepun, mereka berkata Rajah telah lari ke Australia setelah mendengar ura-ura Jepun telah mara ke Lautan Pasifik. Ramai orang-orang Inggeris telah melarikan diri ke Australia kerana takut disiksa.

'Rajah telah berpaling tadah kepada rakyatnya, 
ini menyebabkan rakyat Sarawak kecil hati. 
Dia berjanji akan ke Sarawak untuk melawat, 
tapi semua tahu dia takut dipancung Jepun.'
Hj Jemat Hasan @ Atan, Kpg Datuk Sibu.




setiakasih a.k.a Suhana_s'

Wasiat Politik Rajah Kedua -16 Disember 1913

1. Charles Johnson Brooke di dalam Wasiat Politiknya 16 Disember 1913 berkata;

' in conformation of the Will of my predecessor I give and devise bequeath my Sovereignty of Sarawak and the rights and the privileges thereto belonging... unto  my eldest son Vyner and heirs male of his body with remainder to my second son Bertram and the heirs male of his body  with remainder to the son of my late younger brother Stuart and heirs male of his body with remainder to H.M the King of England...'


2. Tuan Muda Bertram Brooke hanya boleh 'to hold a position of authority second only to that of' Vyner dan beliau hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu jika Rajah mahu melakukan apa-apa perubahan kepada Sarawak dan kerajaannya.

3.Vyner Booke, Rajah Ketiga naik tahta pada 1917 dan bersumpah bagi pihak beliau sendiri dan pemegang takhta selepasnya unttk mematuhi wasiat dan syarat yang dinyatakan oleh Rajah terdahulu dalam menggubal Pelembagaan Negara Sarawak.

4. Vyner Booke hanya mempunyai ada tiga orang anak perempuan maka Tuan Muda Bertram adalah bakal Rajah Ke-Empat. Tuan Muda mempunyai seorang anak lelaki Anthony Brooke digelar Rajah Muda dan dia juga mempunyai anak lelaki.

5. Pada 31 Mac 1941, Rajah telah melanggar syarat yang termaktub di dalam Wasiat ayahandanya iaitu membuat perjanjian politik yang melibatkan wang yang besar tanpa merujuk dahulu dengan dengan Tuan Muda.

6.Anthony Brooke pada masa itu bertugas sebagai pegawai muda di Jabatan Perkhidmatan Awam telah membuat bantahan terhadap cadangan penggubalan pelembagaan baru itu. Rajah Muda telah ke Singapura untuk mendapatkan bantuan Sir Shenton Thomas, Gabenor Selat dan juga Ajen Inggeris untuk Sarawak. Pemergiaanya itu semasa dalam perkhidmatan adalah tanpa keizinan dan membuatkannya dipecat dari kerajaan.

7. Bermulalah perselisihan di dalam keluarga Brooke di mana kuasa mentadbir, jika menurut pelembagaan baru Sarawak diserahkan kepada Majlis Negeri atau 'Council Negri'.



setiakasih a.k.a Suhana_s

The White Rajah dan Kerajaan Mahkota Inggeris di Sarawak

 Asal Usul Sejarah Penjajahan 'The White Rajah' dan kaitannya dengan Kerajaan Mahkota Inggeris di Sarawak

Perjanjian ini yang dibuat pada hari Rabu, tiga puluh hari bulan Rejab tahun Hijriah satu ribu dua ratus lima puluh tujuh pada pukul dua belas menunjukkan bahawa dengan suci hati dan penuh kejujuran PANGERAN MUDA HASSIM putera Al-Marhum Sultan Muhammad dengan ini menyerahkan hasil dan segala tanggungjawab masa depan Pemerintahan Sarawak bersama dengan wilayah tanggungannya, kepada JAMES BROOKE Esquire. Selanjutnya, dia, James Brooke Esquire adalah pemunya tunggal hasil negeri dan dia sahajalah yang bertanggungjawab terhadap perbelanjaan awam yang diperlukan demi kebaikan Sarawak.

Seterusnya, James Brooke Esquire dengan suci hati dan dengan penuh kejujuran menerima Perjanjian ini seperti yang ditetapkan dan selanjutnya mengaku janji dari tarikh ini akan membayar kepada Sultan Brunei satu ribu dolar, kepada Pangeran Muda satu ribu dolar, kepada Petinggi tiga ratus dolar, kepada Bandar satu ratus lima puluh dolar dan kepada Temenggung satu ratus dolar.

Seterusnya, James Brooke Esquire mengaku janji bahawa undang-undang dan adat resam orang Melayu Sarawak akan dihormati selama-lamanya kerana Negeri Sarawak hingga sekarang ini tertakluk kepada pemerintahan Sultan Brunei, Pangeran Muda dan Raja-Raja Melayu.

Seterusnya, jika timbul apa-apa honar sama ada di dalam atau di luar Negeri Sarawak yang boleh memudaratkan kepentingannya, sama ada yang disebabkan oleh rakyat atau putera raja mahupun raja yang bermusuhan dengan Sarawak, maka Sultan dan adinda Baginda, iaitu Pangeran Muda hendaklah mengesahkan James Brooke Esquire sebagai Raja Sarawak yang dilantik secara sah dan tidak boleh diganggu-gugat oleh mana-mana orang lain.

Seterusnya, Pangeran Muda dan James Brooke Esquire mengikat Kontrak ini dan Pangeran bersetuju melepaskan semua aktiviti selanjutnya dalam Pemerintahan Sarawak kecuali sebagaimana yang boleh dijalankan olehnya dengan izin James Brooke Esquire dan apa-apa yang dilakukan oleh mereka secara berasingan atau secara individu berkaitan dengan Pemerintahan Sarawak mestilah menurut syarat perjanjian ini.

Ditulis di Sarawak pada malam Jumaat, dua hari bulan Syaaban 1257 pada pukul sepuluh.

___________________
Teks diambil dari Maxwell & Gibson 1924: 184-185.


1.  Sarawak merupakan jajahan Brunei sebelum tahun 1841 namun telah diserahkan kepada seorang pedagang Inggeris, James Brooke, sebagai ganjaran membantu Sultan Brunei mendamaikan puak-puak yang bertelagah di Sarawak. Pedagang  tersebut diberi gelaran Rajah.

2. Pada tahun 1851, Sarawak telah diiktiraf oleh Kerajaan Amerika Syarikat sebagai sebuah negara yang sah. Kerajaan Mahkota Inggeris pula memberi pengiktirafan itu pada 1863.

3. Rajah pertama, Sir James Brooke meninggal dunia pada tahun 1868 dan telah meninggalkan wasiat


'I give devise and benequeth all that my Sovereignty of Sarawak.. and all the privileges whatsoever thereto belonging unto my nephew Charles Johnson Brooke, Tuan Muda of Sarawak.. and the heirs male of his Body lawfully issuing and in default ..... and unto Her Majesty the Queen of England her  heirs and assigns for ever..' 

4. Rajah Kedua, Charles Johnson Brooke memerintah dari 1868 hingga 1917.

5. Di dalam perjanjian 'The Treaty' pada 5 September 1888, Kerajaan Mahkota  Inggeris dan Rajah Charles Johnson bersetuju: Kerajaan Mahkota  Inggeris hendaklah
    1. mempertahankan Sarawak (Protect Sarawak)
    2. tidak punya hak masuk campur dengan pentadbiran dalaman kerajaan Sarawak
    3. mengawal hubungan antarabangsa Sarawak.
    4. memutuskan mana-mana persoalan berkenaan persoalan pewarisan tahta
    5. dimaklumkan berkenaan penyerahan Sarawak
setiakasih


Rujukan: The Facts about Sarawak by Anthony Brooke

10 Dis 2009

Sarawak sebelum perang dan pendudukan Jepun

  1. Kerajaan Sarawak menyokong Tentera Bersekutu dalam Perang Dunia Kedua.
  2. Kerajaan Sarawak menanggung hutang $312,000 kepada Kerajaan Mahkota British dalam meningkatkan kelengkapan dan persiapan keselamatan negara dan atas nasihat mereka.
  3. Kebanyakan orang Inggeris , perempuan dan kanak-kanak termasuk beberapa ahli keluarga Brooke dihantar ke Australia untuk pelindungan.
  4. Kerana  khuatir pihak Jepun menguasai telaga minyak di Miri, kakitangan Sarawak Carigali (Sarawak Oilfield) memindahkan kelengkapan carigali minyak dan meletupkan sebahagiannya pada 4 Disember 1941.
  5. Pada 16 Dis 1941, Jepun mendarat di Miri. 24 Dis 1941 Jepun sampai ke Kuching. 25 Dis 1941, Seluruh Sarawak dijajah Tentera Jepun.
  6. Sehingga mencapai pembebasan dari pendudukan Jepun pada tahun 1945, banyak kerosakan telah berlaku. Bahagian yang paling kuat menentang dan teruk terjejas ialah Bahagian Ketiga Sibu.

SS

4 Dis 2009

Keturunan RD


Adik Rd, Allahyarham Ainie b Dhobie dan keluarga


 
Anak - anak saudara RD
(Baju Hijau- En Bolhassan b Ainie Dhoby)




Saudara terdekat RD, En Tahar dan anak-anaknya



Sumber: facebook

SS

Rakan RD

Ckg Seman



Dari Kanan: Ayahanda Tn.Hj. Yusuf B. Hj. Merais
(Rakan baik RD dan Saksi semasa perbicaraan)
Ayahanda En.Kanang Ak. Langkau, 
Ayahanda Tn.Hj. Baie 
(Gambar: http://lupklasendiri-yus.blogspot.com)




Rakan 'Anak Watan'

sumber: FB
SS

peninggalan

Baju yang RD gunakan semasa membunuh Sir Duncan



Warkah Terakhir, Baju RD dan En Bolhassan Ainie Dhobie (Anak saudara RD)



Warkah terakhir


Gambar ihsan: Bolhassan A.D

.

Maklumat menarik:

1. Rangka tulang Rosli Dholi (RD) dan tiga rakan-rakannya tidak dijumpai semasa proses pemindahan manakala mereka dikatakan digantung dan dikebumikan di sana.

Bukankah ini suatu yang sangat menyedihkan? Jika kubur tersebut dialih sejak dulu lagi, mungkin keadilan boleh ditegakkan?

2. Terdapat spekulasi bahawa mereka dibawa ke London atas permintaan isteri Mendiang Sir Duncan Stewart yang mungkin ingin melihat wajah ‘pembunuh’ suaminya.

3. Wasiat terakhir RD telah tertunai iaitu jasadnya ‘Diselimuti Panji Sarawak’ dalam upacara pengebumian semula jasad pejuang berani mati ini di Makan Pahlawan di perkarangan Masjid AnNur Sibu.

4. Hanya cap-cap jari milik kedua-dua polis Sikh yang menangkap RD terdapat pada badik beracun yang digunakan untuk pembunuhan itu.

5. Hajah Ani, kekasih Rosli Dhoby masih belum berkahwin hingga ke hari ini.



Hajah Ani

6. Terdapat dua badik yang dipegang oleh RD pada malam sebelum kejadian. Badik-badik itu ditimang-timangnya. Ada yang bertanya untuk apakah badik-badik itu, beliau hanya berkata, sengaja mahu bermain dengannya. Tidak ada maksud lain.


7. Baju putih yang dipakai sebagai pakaian dalamannya semasa pembunuhan itu juga masih disimpan. Pada baju tersebut tersulam kalimah-kalimah berupa mentera perjuangan sumber kekuatan orang Melayu.


8. Selepas kejadian pembunuhan dan semasa perbicaraan, seluruh kampung Melayu di sekitar kampung Pulo, Sibu dan saudara mara yang berkaitan dengan RD dirundung ketakutan.Pihak polis Koloni berada di rumah-rumah yang tertuduh dan berkawal di setiap jalan di kampung Pulo dan jalan-jalan masuk ke Kampung Melayu.

9. Pihak Koloni sememangnya mahu menghapuskan RD dan keluarganya,' itulah kata-kata orang tua-tua. Mereka mencari dan menyiasat dari rumah-ke rumah orang-orang yang dikaitkan atau kerkaitan dengan ahli Rukun 13. Kerana terlalu takut, ibunya sendiri pernah tidak mengaku RD itu anaknya dan ramai ahli keluarga yang tertuduh berhijrah ke luar Sibu dan Malaysia atas tekanan.

(Sila ingat dasar penjajah- 'Biar orang Melayu Bumiputera yang berani-berani menentang kerajaan kita tekan dan sekat kemaraannya. Biar mereka jadi bodoh dan tidak terpelajar' dan sila ingat 'Singapura diserang todak').

10. Semasa hukuman hendak dijatuhkan, ibu dan bapa RD, yang berada di rumah adik Pak Dhoby, Pn. Dayang, isteri kepada En Amin telah dibawa oleh 2 trak polis untuk ke Penjara Kuching. Adik kepada Bu' Habibah (Bu' Ibot) yang dikenali sebagai Bu' Idok, tidak berada di rumah tersebut kerana dia telah ke rumah En. Khairul atas sesuatu urusan.

12. Sebaik sahaja mereka berdua pulang ke rumah Pn Dayang, Bu' Ibot sudah di dalam keadaan longlai dan hampir hilang akal. Menurutnya, kepalanya telah diacukan pistol dan dia dipaksa oleh polis Koloni untuk menyuruh RD membuka rahsia.

13. Pegawai polis tersebut adalah seorang rapat dan dikenali oleh keluarga RD bernama Jerry Martin.

14. Terdapat desas-desus juga mengatakan Pn Duncan, tidak mahu RD digantung kerana umurnya masih muda.

15. Dikatakan yang paling kejam pada sebelum perbicaraan tersebut benar-benar berlaku ialah warga Bumiputera sendiri yang terlalu taksub dengan Koloni. Wakil Melayu telah ketiga-tiganya setuju untuk 'tidak memberi pertimbangan belas kasihan' ke atas mereka berdua walaupun pihak mahkamah Koloni telah memberi peluang untuk 'meringankan' hukuman berdasarkan sentimen pergolakan dan faktor umur tertudauh yang masih terlalu muda.

16. Hanya tiga kali pembicaraan di mahkamah Sibu, RD dan Morshidi Sidek telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Keesokan hari selepas perbicaraan tersebut, mereka berdua dihantar ke Penjara Kuching untuk perbicaraan Rukun 13 dan menjalani hukuman di Penjara Kuching.

17. Pada masa itu, tidak pernah ada hukuman sedemikian dijatuhkan di Sarawak. Peralatan untuk hukuman tersebut terpaksa diimport dari Singapura ke Kuching. Kesemua Ahli Rukun 13 yang dituduh dijatuhkan hukuman buang negeri dan penjara kecuali Awang Rambli dan Bujang Suntong yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Sumber:

1. Bu’ Idok, Ibu Saudara Rosli Dhoby
2. En Tahar bin Johnny sepupu Rosli Dhoby
3. En. Bolhasan bin Ainnie Dhoby




.

Pemakaman Pahlawan




Keempat-empat pejuang nasionalis ini dikebumikan semula di Sibu pada 2 Mac 1996 Upacara rasmi yang dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak kelima Allahyarham Tun Ahmad Zaidi Adruce Mohamad Noor dan Datuk Adenan Hj Satem.


 

 






Gambar Farah Othman & Bolhasan Ainie Dhobie


.

Kemunculan RD

Allahyarham Rosli bin Dhoby


Rosli adalah salah seorang anggota kumpulan Rukun 13 dalam GPMS. GPMS yang menggabungkan pemimpin-pemimpin Melayu Brunei dan Melanau Sarawak diketuai oleh Datuk Patinggi Abang Abdillah iaitu Perdana Menteri Sarawak di zaman Sir Charles Vyner.

Sebelum keluarga Brooke menguasai Sarawak, keluarga Datuk Patinggi Abang Abdillah adalah pemerintah Sarawak dan wakil Sultan Brunei, pengasas negeri Sarawak.



RD juga menyertai Anak Watan


Rukun 13 ditubuhkan di Jalan Queensway, Sibu, pada 21 Februari, 1949. Tujuannya ialah untuk menikam Sir Duncan yang amat tidak popular di kalangan masyarakat bumiputera Sarawak kerana bersikap angkuh terhadap permintaan dan perjuangan ke arah Kemerdekaan Sarawak.

Pemimpin Rukun 13 telah memilih Rosli untuk menikam Sir Duncan tatkala agen penjajah itu melawat Sibu pada 3 Disember 1949. Mereka berpendapat, pihak Koloni British tidak akan menjatuhkan hukuman mati kepadanya kerana pada waktu itu beliau adalah seorang juvana.

Pada pagi di hari itu, Rosli Dhoby telah menikam perut Sir Duncan dengan pisau tradisi yang dipanggil tumbuk lada.

Rosli dan rakannya Morshidi Bin Sidek, kedua-duanya ditangkap oleh polis British. Sir Duncan telah dihantar ke Hospital Sibu dan seterusnya ke Singapura untuk menerima rawatan rapi.

Pegawai British itu meninggal dunia 7 hari selepas kejadian. Pada ketika itu ahli-ahli Rukun 13 sedang dibicarakan.

Rosli bin Dhoby, Bujang Suntong, Morshsidi bin Sidek dan Awang Ramli Amit binAwang Matsaruddin  telah dihukum gantung sampai mati di Penjara Kuching, Jalan Tabuan, Kuching. Mereka semua dikebumikan tanpa batu nisan.


SS

Sinopsis - Pahlawan Yang tidak didendangkan

Rosli Dhoby merupakan salah seorang pejuang kemerdekaan Sarawak walaupun tidak sepopular para pejuang Sarawak yang lain seperti Rentap dan Sharif Masahor. Usianya ketika itu baru mencapai 17 tahun dan beliau seorang guru. Namun semangat juang bagi menentang British yang ingin kembali menguasai Sarawak selepas Perang Dunia Kedua cukup mengagumkan.

Rosli Dhoby telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati bersama-sama Morshidi Sidek, Awang Rambli dan Bujang Suntong pada 15 Disember 1949. Mereka telah berjuang menuntut kemerdekaan Sarawak daripada British. Rosli dan Morshidi mati di tali gantung pada 2 Mac 1950 manakala Awg Rambli dan Bujang Suntong pada 23 Mac 1950.

Beliau didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British kedua di Sarawak, Sir Duncan George Stewart dengan menggunakan badik beracun di Sibu pada 3 Disember, 1949.

Anak muda Melayu yang dilahirkan pada 1932 di Sibu menganggotai Gerakan Pemuda Melayu Sarawak (GPMS) yang ditubuhkan bagi menentang penjajah British swasta, iaitu Sir Charles Vyner Brooke yang kalah di tangan Jepun dalam Perang Dunia Kedua tetapi mahu menyerahkan Sarawak kepada Pejabat Kolonial di London selepas Perang pada tahun 1945.

Sarawak dikuasai oleh penjajah rakyat British, Sir James Brooke pada tahun 1841. Keluarga Brooke terdiri daripada iaitu Sir James dan anak saudaranya Sir Charles Brooke. Anak kepada Sir Charles Johnson Brooke ada dua orang, iaitu Charles Vyner B dan Sir Bertram. Dalam Wasiat politiknya, Rajah Charles J. Brooke menitahkan kepada Sir C. Vyner untuk berbincang dengan Sir Bertram sebelum membuat apa-apa pindaan dalam kerajaannya. Kerajaan Brooke yang memerintah Sarawak dari tahun 1841 sehingga Sarawak tewas dalam perang dengan Jepun pada tahun 1941.

Beliau berada di Australia ketika rakyat Sarawak sengsara diduduki Jepun. Kerajaan Mahkota Inggeris juga tidak mampu mempertahankan Sarawak walaupun telah berjanji untuk menaunginya. Beliau kembali pada bulan April 1946 setelah Jepun berundur dan menyerahkan Sarawak kepada British pada 1 Julai 1946.


.

Mengenangmu: Rosli Dhoby

Rosli Dhoby merupakan salah seorang pejuang kemerdekaan Sarawak walaupun tidak sepopular para pejuang Sarawak yang lain seperti Rentap dan Sharif Masahor. Usianya ketika itu baru mencapai 17 tahun dan beliau seorang guru. Namun semangat juang bagi menentang British yang ingin kembali menguasai Sarawak selepas Perang Dunia Kedua cukup mengagumkan.

SILA BACA MULA DARI LAMAN TOK:
Sinopsis - Pahlawan Yang tidak didendangkan : http://galeripejuangsarawak.blogspot.com/2009/12/perihal-rosli-dhoby-1.html
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives