6 Mac 2010

Mari berkenalan dengan Rosli bin Dhoby

1. Rosli Dhoby boleh dikatakan sebagai seorang yang bijak dan mampu menjadi seorang pemikir dalam zamannya dan masa kini jika beliau 'direkomenkan kasihan' dan dihukum sewajarnya.

2. Beliau telah memasuki tadika bersama-sama adiknya kerana beza umur mereka tidak sampai 2 tahun. Mereka belajar di Tadika Mission School. Rahib tadika tersebutlah yang menghantar dan mengambil mereka ke sekolah hingga tamat tadika.

3. Kedua beradik ini, Rosli dan Ainnie kemudiannya melanjutkan persekolahan di SK Abang Ali dan sering ke rumah Bu' Idok atau Hajah Hamdiah bt Hj Lamit, adik kepada ibu mereka. Mereka bersekolah di situ hingga darjah lima.

4. Pengajian darjah enam dan tujuh mereka dihabiskan di SMB Methodist, Sibu.

5. Kedudukan rumah mereka yang dekat dengan pasar besar Sibu menyebabkan Rosli dan Ainnie biasa bercampur gaul dengan rakan-rakan berbangsa Cina dan Iban.

6. Pergaulan mereka amat rapat hinggakan mereka dapat menguasai pelbagai dialek Cina dan Iban dengan fasih. Rosli Dhoby boleh berbahasa Hokkien, Foochow, Mandarin dan Iban.

7.Pada malamnya, mereka akan mengaji bergurukan ayahnya, Pak Dhoby. Beliau merupakan guru al-quran yang terkenal di kampung Pulo dan kampung-kampung Melayu yang berdekatan. Pak Hj Tahar Johnny juga mengaji bersama mereka.

8. Dibesarkan dalam keperitan Perang Dunia Kedua, mengajar Rosli erti perjuangan dan perlunya bebas dari belenggu penjajahan. Namun, untuk berjuang, ilmu juga penting agar rakyat boleh membangunkan ekonomi dan taraf hidup sendiri. Beliau suka membaca buku-buku perjuangan nasionalis dan pemimpin Indonesia seperti Jeneral Sukarno.

sumber: Bu' Idok - Temuramah di Sibu pada 24-26/12/2009
.

Tiada ulasan:

Mengenangmu: Rosli Dhoby

Rosli Dhoby merupakan salah seorang pejuang kemerdekaan Sarawak walaupun tidak sepopular para pejuang Sarawak yang lain seperti Rentap dan Sharif Masahor. Usianya ketika itu baru mencapai 17 tahun dan beliau seorang guru. Namun semangat juang bagi menentang British yang ingin kembali menguasai Sarawak selepas Perang Dunia Kedua cukup mengagumkan.

SILA BACA MULA DARI LAMAN TOK:
Sinopsis - Pahlawan Yang tidak didendangkan : http://galeripejuangsarawak.blogspot.com/2009/12/perihal-rosli-dhoby-1.html
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives