3 Dis 2010

Hari tok dalam sejarah- 3/12/1949



      • Hari tok dalam sejarah, 3/12/1949: Sir Duncan Steward, Gabenor Sarawak Kedua telah dicederakan oleh Rosli Dhoby. Beliau meninggal Singapura setelah dibedah kali kedua. Rosli Dhoby dan Morshidi Sidek dihukum gantung sampai mati pada 2 Mac 1950; Awg Rambli dan Bujang Suntong pula dihukum gantung sampai mati pada 23 Mac 1950.
        23 hours ago ·  · 
        • 63 people like this.
          • Sejarah Sarawak 
            Rosli Dhoby merupakan salah seorang pejuang kemerdekaan Sarawak walaupun tidak sepopular para pejuang Sarawak yang lain seperti Rentap dan Sharif Masahor. Usianya ketika itu baru mencapai 17 tahun dan beliau seorang guru. Namun semangat juang bagi menentang British yang ingin kembali menguasai Sarawak selepas Perang Dunia Kedua cukup mengagumkan.

            Read more: http://galeripejuangsarawak.blogspot.com/2009/12/perihal-rosli-dhoby-1.html#ixzz170yFzCh1
            Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives
            23 hours ago ·  ·  2 people
          • Sejarah Sarawak Anak muda Melayu yang dilahirkan pada 1932 di Sibu menganggotai Gerakan Pemuda Melayu Sarawak (GPMS) yang ditubuhkan bagi menentang penjajah British swasta, iaitu Sir Charles Vyner Brooke yang kalah di tangan Jepun dalam Perang Dunia Kedua tetapi mahu menyerahkan Sarawak kepada Pejabat Kolonial di London selepas Perang pada tahun 1945.
            23 hours ago · 
          • Jason Dorsey Jipow the best ...
            23 hours ago ·  · 
          • Sejarah Sarawak Beliau berada di Australia ketika rakyat Sarawak sengsara diduduki Jepun. Kerajaan Mahkota Inggeris juga tidak mampu mempertahankan Sarawak walaupun telah berjanji untuk menaunginya.
            23 hours ago · 
          • Mohammad Nurul Hafiz Holi rukun 13
            23 hours ago via Facebook Mobile ·  · 
          • Sejarah Sarawak RD dan Rukun 13 menentang Cession dan mahu Rajah Vyner yang telah berjanji memberikan pemerintahan sendiri Sarawak pada seperti mana Pelembagaan 1941. Namun sekembalinya dari Australia, Rajah menyerahkan Sarawak kepada Britisih dan ini juga melanggar perjanjian 1841.
            23 hours ago · 
          • Sejarah Sarawak Gerakan untuk membunuh @ 'mengajar' penjajah berleluasa secara rahsia seluruh negara Sarawak (masa itu) dan rancangan membunuh Sir Duncan Steward tau Gabenor Sarawak menjadi desas desus pejuang kebebasan Sarawak.
            23 hours ago · 
          • Sejarah Sarawak Namun, ia dapat direalisasikan di Sibu oleh golongan pemuda Rukun 13 dan Rosli Dhoby.
            23 hours ago ·  ·  1 person
          • Sejarah Sarawak 
            Hanya tiga kali pembicaraan di mahkamah Sibu, RD dan Morshidi Sidek telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

            Keesokan hari selepas perbicaraan terakhir tersebut, mereka berdua dihantar ke Penjara Kuching untuk perbicaraan Rukun 13 danmenjalani hukuman di Penjara Kuching.
            23 hours ago · 
          • Sharil Turner Hari ini dlm sejarah.. Proud to be sarawakian..
            23 hours ago ·  ·  1 person · 
          • Asra Sarzha a very good knwlge that i never knw! Tq for sharing...
            23 hours ago via Facebook Mobile ·  · 
          • Sejarah Sarawak 
            Pada masa itu, tidak pernah ada hukuman sedemikian dijatuhkan di Sarawak. Peralatan untuk hukuman tersebut terpaksa diimport dari Singapura ke Kuching.

            Kesemua Ahli Rukun 13 yang dituduh dijatuhkan hukuman buang negeri dan penjara kecuali Awang Rambli dan Bujang Suntong yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

            **ada sumber mengatakan RD dan MS bukan ahli rasmi R13. Mereka dikatakan sukarela membantu membebaskan Sarawak dari belenggu Kerajaan Mahkota British.
            23 hours ago · 
          • Sejarah Sarawak 
            Selepas kejadian pembunuhan dan semasa perbicaraan, seluruh kampung Melayu di sekitar kampung Pulo, Sibu dan saudara mara yang berkaitan dengan RD dirundung ketakutan.

            Pihak polis Koloni berada di rumah-rumah yang tertuduh dan berkawal di setiap jalan di kampung Pulo dan jalan-jalan masuk ke Kampung Melayu.
            23 hours ago · 
          • Sejarah Sarawak 
            Pihak Koloni sememangnya mahu menghapuskan RD dan keluarganya,' itulah kata-kata orang tua-tua. Mereka mencari dan menyiasat dari rumah-ke rumah orang-orang yang dikaitkan atau kerkaitan dengan ahli Rukun 13.

            Kerana terlalu takut, ibunya sendiri pernah tidak mengaku RD itu anaknya dan ramai ahli keluarga yang tertuduh berhijrah ke luar Sibu dan Malaysia atas tekanan.
            23 hours ago · 
          • Sejarah Sarawak Terdapat dua badik yang dipegang oleh RD pada malam sebelum kejadian. Badik-badik itu ditimang-timangnya. Ada yang bertanya untuk apakah badik-badik itu, beliau hanya berkata, sengaja mahu bermain dengannya. Tidak ada maksud lain.
            23 hours ago · 
          • Sejarah Sarawak Baju putih yang dipakai sebagai pakaian dalamannya semasa pembunuhan itu juga masih disimpan.

            Pada baju tersebut tersulam kalimah-kalimah berupa mentera perjuangan sumber kekuatan orang Melayu.
            23 hours ago · 
          • Sejarah Sarawak Pada asalnya, RD tidak dituduh membunuh dalam mahkamah biasa kerana beliau bawah umur.

            Satu prosedur khas dibuat untuk meninjau kewajarannya dihukum dalam mahkamah juvana dibuat. Anggotanya terdiri daripada orang tempatan sendiri.
            23 hours ago · 
          • Sejarah Sarawak 
            Dikatakan yang paling kejam pada sebelum perbicaraan tersebut benar-benar berlaku ialah warga Bumiputera sendiri yang terlalu taksub dengan Koloni.

            Wakil Melayu telah ketiga-tiganya setuju untuk 'tidak memberi pertimbangan belas kasihan' ke atas mereka berdua walaupun pihak mahkamah Koloni telah memberi peluang untuk 'meringankan' hukuman berdasarkan sentimen pergolakan dan faktor umur tertuduh yang masih terlalu muda.
            23 hours ago · 
          • Sejarah Sarawak Dan muncullah sesuatu yang dikatakan satu konspirasi: Memalsukan umur Rosli Dhoby untuk 'melayakkannya' dihukum dalam mahkamah dewasa. Tahun kelahiran RD dinaikkan.

            SEBENAR: 1932
            PALSU: 1930
            23 hours ago · 
          • Sejarah Sarawak Maka- TERKORBANLAH wira kita yang berjuang untuk kemerdekaan Sarawak.
            23 hours ago · 
          • Sejarah Sarawak Selepas kejadian tok, SIK ADA yang dengan berani melawan Koloni.
            23 hours ago · 
          • Ya Isteriku bersemangat kli jak mca kisah wira kta tok...ada kh lagik generasi yg akan muncul,bersemangat serta berani mcm Rosli Dhoby?
            22 hours ago ·  ·  1 person · 
          • Dlyne Citrine eee dasyat nyer...=;=
            22 hours ago ·  · 
          • Lee Amg Al-Fatihah...Mohon dtptkn bsama mreka yg briman dn dkasihi Allah...Amin
            21 hours ago ·  ·  1 person · 
          • Sejarah Sarawak dah 61 tahun berlalu... kemuncak pegerakan Anti Cession tok dirasai sampei kinek.
            21 hours ago · 
          • Sejarah Sarawak Al fatihah. Semoga roh perjuangannya mencintai Sarawak, mempertahankan janji dan setia negara meresap dalam setiap diri kita anak-anak Sarawak. Amin.
            21 hours ago ·  ·  1 person
          • Zaiton Bukhari Pengorbanan yg terlalu menyayat hati. Berpuluh thn arwah n teman2 nya dihukum mati, seakan-akan pengorbanan mereka hya sia-sia, baru skrg kita berani berbicara. Yg aneh nya, kenapa mesti 4 org dihukum mati, sdg kan pelakunya hyalah seorang. Begitulah nasib sesuatu bangsa bila dijajah. sedekahlah Al-Fatihah utk ke4 org pejuang kita
            21 hours ago ·  · 
          • Zam StonedJoker Moga2 akan ada generasi baru sarawak mempunyai semangat perjuangan utk menjadikan tanah bumi kenyalang maju dan terus membangun.. Dan juga semoga kapitalis di sarawak akan dihapuskan pd masa akan dtg utk kesejahteraan dan keharmonian sarawak ibu pertiwiku..
            20 hours ago via Facebook Mobile ·  · 
          • Arman Ahmad ingat lh pekara 153 dan 18 pekara yang ktk ada dlm buku pelembagaan
            ingat lh jasa pejuang ktk....jgn lh leka dgn kemewahan yang ada d bumi kenyalang ini....
            20 hours ago ·  · 
          • Aziz Bohari Hidupkan semangatt Rosli Dhobi dlm generasi muda hari ini..... Berani bertindak demi bangsa dan agama....
            20 hours ago ·  ·  1 person · 
          • Zam StonedJoker ya, dasar kapitalis harus dihapuskan di bumi kenyalang.. dasar kapitalis adalah salah satu dasar yang telah diperkenalkan oleh british sejak british colonial lagi yang masih wujud hingga ke sekarang di sarawak. berkemungkinan, jurang antara kaya dan miskin akan lebih besar sekiranya kapitalis masih utuh bertapak di sarawak. semoga sarawak akan lebih maju, makmur dan harmoni pada masa akan datang. bangkitlah rakyat sarawak, tentang lah kapitalis.
            19 hours ago ·  ·  1 person · 
          • Potret Usang Rosli Dhoby.....di usia semuda itu...jiwa patriotismenya terlalu tinggi....bndingkan dgn sebilangan remaja kita sekarang.......
            19 hours ago ·  ·  2 people · 
          • Suraya Serudin proud to be sarawakian....mun d beri pilihan tukar negeri skali pun..kmk xkn tukar negeri..sarawak is da best....
            19 hours ago ·  ·  3 people · 
          • Mohammad NAzeri boleh molah ulang tahun tok...
            18 hours ago ·  · 
          • Mustapha Hassim Berapa ramei pemuda kita yang sanggup mati untuk pertiwi ? Bangga jadi Sarawakian...kita jgn terikut2 jejak org sinunnnn yang berpuak-puak , kita dah aman dan sentosa situk. Hargailah perjuangan orang dulok yg hasrat sidak mok memerdekakan negeri kita tercinta tuk.Iban, Melayu, Kelabit , Penan , Melanau , dll lagi ...kita semua mesti bersatu.
            17 hours ago ·  ·  1 person · 
          • Zaiton Bukhari Kepada generasi muda skrg, ayuh!!!! bangkitlah!!! hidupkan kembali semangat Rosli Dhoby...hidupkan kembali semangat juang nya.... demi agama, maruah dan tanahair tercinta...HIDUP ROSLI DHOBY!!!!!!
            16 hours ago ·  · 
          • Temenggong Ngelambong RIP RD.........
            16 hours ago ·  · 
          • Ali Rocka al fatihah kpd arwah pejuang2 bangsa..
            16 hours ago ·  ·  1 person · 
          • Zam StonedJoker 
            sarawak hanya dapat disatukan dengan semangat yang ada dalam dirik rakyat sarawak. hanya rakyat sarawak jak yg mengerti semangat perpaduan yg tidak pernah pudar dikalangan rakyat sarawak yg berbilang bangsa. punca utama perpaduan pudar di peninsular malaysia ya adalah dari politik yg lebih mengutamakan perjuangan parti yg melibatkan kaum dan bangsa. cdak sinun dah hilang akal barangkali. aku x akan sokong mun umno masok sarawak. tanah borneo tanah sarawak, jadi biarlah org sarawak yang urus kan hak orang sarawak. orang sarawak adalah merangkumi semua bangsa dan kaum bumiputera yang ada di sarawak tok. sarawak mengamalkan dasar kesetaraan. dan ia merupakan lambang kesejahteraan serta keharmonian rakyat sarawak yg berbilang bangsa dan kaum. i'm proud to be sarawakian.. long live kingdom of sarawak!
            15 hours ago ·  ·  4 people · 
          • Zam StonedJoker al-fatihah buat pejuang kemerdekaan sarawak..
            15 hours ago ·  ·  1 person · 
          • Abang Noor Akbar Al-fatihah utk Rosli Dhoby & rakan2 yg telah pergi..itu lah pejuangan melayu sarawak yg x ada tandingannya terutama melayu di sibu klu pasal perjuangan tiada bangsa lain yg berani selain Melayu dulu dan selamanya...Hidup Melayu!!!!
            15 hours ago ·  ·  2 people · 
          • Ali Rocka hidup melayu sarawak..long live kingdom of sarawak..i like..
            14 hours ago ·  ·  2 people · 
          • Mustapha Hassim Saya sokong ZS , biar Sarawakian pun uruskan negeri tuk , n saya pun sik sokong UMNO masuk ke situk.
            12 hours ago ·  · 
          • Zaini Le' Sejarah...Seekor orang putih mati ..>> 4 jiwa orang Sarawak hilang..
            Kita fikir2lah sendiri....
            3 hours ago ·  · 

      Tiada ulasan:

      Mengenangmu: Rosli Dhoby

      Rosli Dhoby merupakan salah seorang pejuang kemerdekaan Sarawak walaupun tidak sepopular para pejuang Sarawak yang lain seperti Rentap dan Sharif Masahor. Usianya ketika itu baru mencapai 17 tahun dan beliau seorang guru. Namun semangat juang bagi menentang British yang ingin kembali menguasai Sarawak selepas Perang Dunia Kedua cukup mengagumkan.

      SILA BACA MULA DARI LAMAN TOK:
      Sinopsis - Pahlawan Yang tidak didendangkan : http://galeripejuangsarawak.blogspot.com/2009/12/perihal-rosli-dhoby-1.html
      Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives