Mengenangmu: Rosli Dhoby

Rosli Dhoby merupakan salah seorang pejuang kemerdekaan Sarawak walaupun tidak sepopular para pejuang Sarawak yang lain seperti Rentap dan Sharif Masahor. Usianya ketika itu baru mencapai 17 tahun dan beliau seorang guru. Namun semangat juang bagi menentang British yang ingin kembali menguasai Sarawak selepas Perang Dunia Kedua cukup mengagumkan.

SILA BACA MULA DARI LAMAN TOK:
Sinopsis - Pahlawan Yang tidak didendangkan : http://galeripejuangsarawak.blogspot.com/2009/12/perihal-rosli-dhoby-1.html
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives

12 Okt 2011

Terima Kasih atas penganjur tempat galeri Mini Pejuang Sarawak : Rosli Dhoby

Galeri Mini Rosli Dhoby yang memaparkan serba sedikit perihal perjuangannya telah dibuka sejak blog ini dilancarkan lebih setahun lepas.

Pastinya apa yang dipaparkan di sini adalah sebahagian kecil sahaja dari maklumat di galeri tersebut. Walaupun saya tidak berkhidmat atau berkerja di stesen yang menempatkan galeri tersebut, saya amat berpuas hati kerana pihak penganjur lokasi galeri sudi untuk membukanya di stesen mereka.

Galeri ini sifatnya 'minimalis' dan tiada peruntukan dari luar kocek saya selain penajaan tempat. Mungkin ramai takut dengan penangan mitos 'Durhakanya si Rosli Dhoby'!

Saya sekarang dalam proses untuk membuka satu lagi galeri mini Sejarah Sarawak yang fokus kepada Era Anti Cession sehingga Pembentukan Malaysia.

Gerak kerja telah bermula. Insya Allah, tahun depan, saya akan sertakan fotonya.


SLS

Tiada ulasan:

Sokong Industi Maritim Sarawak