28 Mac 2011

Pandanganku perihal Sarawak kini 2011

Ya Allah Ya Aziz Ya Jabbar....
Lindungilah Sarawak dan kami semua dari segala marabahaya yang mendatang dan berulang. Lindungilah jiwa kami dan anak cucu kami dari pembunuhan yang terancang ini. 
Lindungilah kami ya Allah. Sesungguhnya hanya Engkaulah tempat kumeminta, dan berserah. 
Amin.



Tsunami politik Sarawak sangat berbahaya. 
ia boleh membunuh banyak jiwa- aku tak kata hanya jasad 
tapi jiwa sejarah dan pengertian kesejagatan bumi aman yang kita ada selama ini.




aku tidak tahu apakah yang mereka perjuangkan. 
membunuh satu jiwa untuk bayaran jutaan sorakan 
atau membunuh satu negara bangsa demi satu kemenangan. 
lakukan apa sahaja untuk menang. 
biar putih tulang, jangan putih mata.


Mata pena nyata lebih bisa membunuh dari mata pedang.
 Mata pedang membunuh satu jiwa sekali sayatan yang dalam sekelip mata.
Mata pena membunuh jiwa, minda, semua deria dan peradaban manusia 
selagi mana kisahnya dilihat, dibaca, ditulis, didengar, diulang dan dicakna.

(SLS)
2011

Tiada ulasan:

Mengenangmu: Rosli Dhoby

Rosli Dhoby merupakan salah seorang pejuang kemerdekaan Sarawak walaupun tidak sepopular para pejuang Sarawak yang lain seperti Rentap dan Sharif Masahor. Usianya ketika itu baru mencapai 17 tahun dan beliau seorang guru. Namun semangat juang bagi menentang British yang ingin kembali menguasai Sarawak selepas Perang Dunia Kedua cukup mengagumkan.

SILA BACA MULA DARI LAMAN TOK:
Sinopsis - Pahlawan Yang tidak didendangkan : http://galeripejuangsarawak.blogspot.com/2009/12/perihal-rosli-dhoby-1.html
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives