telah aku katakan bahawa mereka itu datang untuk membunuh kita....
telah aku katakan bahawa mereka itu datang untuk memamah daging kita...
telah aku katakan bahawa mereka itu datang untuk menyiat-nyiat hati saudara setanah kita....
telah aku katakan bahawa mereka itu datang untuk menghidangkan kita gula-gula beracun agar mulut kita bernafaskan bahang benci...
darah yang tumpah itu untuk siapakah?
mereka datang untuk memecah belahkan kita...
hidayah hanya untuk yang berfikir...
bagaimana untuk memilih
yang datang untuk membantu, diajak ke rumah
dan dia menghidangkan fitnah dan dendam kepada kita yang berhati putih?
siapakah yang terdahulu termakan pujuk...
siapa dahulu yang membuka pintu...
siapa dahulu mendahului cemburu...
siapa pula yang kini diburu!
sedih aku melihat anak-anak Sarawak gelupur kesakitan...
disiat, diumai, diperkasamkan adat
budaya buas rakus meratah maya
datuk nenek leluhur diludah di depan mata!
dan bibir siapakah yang berdarah?
merintih aku memujuk hati
telah muncul penulis sejarah baru di balik tembok
dan kitab itu bertintakan darah kita
perubahan
siapa yang mengidam dan siapa yang mengandung
dikemudiankan segala kemungkinan
manakala kepala kita telah pun tergantung!
Suhana Lina Sarkawi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan