11 Dis 2009

The White Rajah dan Kerajaan Mahkota Inggeris di Sarawak

 Asal Usul Sejarah Penjajahan 'The White Rajah' dan kaitannya dengan Kerajaan Mahkota Inggeris di Sarawak

Perjanjian ini yang dibuat pada hari Rabu, tiga puluh hari bulan Rejab tahun Hijriah satu ribu dua ratus lima puluh tujuh pada pukul dua belas menunjukkan bahawa dengan suci hati dan penuh kejujuran PANGERAN MUDA HASSIM putera Al-Marhum Sultan Muhammad dengan ini menyerahkan hasil dan segala tanggungjawab masa depan Pemerintahan Sarawak bersama dengan wilayah tanggungannya, kepada JAMES BROOKE Esquire. Selanjutnya, dia, James Brooke Esquire adalah pemunya tunggal hasil negeri dan dia sahajalah yang bertanggungjawab terhadap perbelanjaan awam yang diperlukan demi kebaikan Sarawak.

Seterusnya, James Brooke Esquire dengan suci hati dan dengan penuh kejujuran menerima Perjanjian ini seperti yang ditetapkan dan selanjutnya mengaku janji dari tarikh ini akan membayar kepada Sultan Brunei satu ribu dolar, kepada Pangeran Muda satu ribu dolar, kepada Petinggi tiga ratus dolar, kepada Bandar satu ratus lima puluh dolar dan kepada Temenggung satu ratus dolar.

Seterusnya, James Brooke Esquire mengaku janji bahawa undang-undang dan adat resam orang Melayu Sarawak akan dihormati selama-lamanya kerana Negeri Sarawak hingga sekarang ini tertakluk kepada pemerintahan Sultan Brunei, Pangeran Muda dan Raja-Raja Melayu.

Seterusnya, jika timbul apa-apa honar sama ada di dalam atau di luar Negeri Sarawak yang boleh memudaratkan kepentingannya, sama ada yang disebabkan oleh rakyat atau putera raja mahupun raja yang bermusuhan dengan Sarawak, maka Sultan dan adinda Baginda, iaitu Pangeran Muda hendaklah mengesahkan James Brooke Esquire sebagai Raja Sarawak yang dilantik secara sah dan tidak boleh diganggu-gugat oleh mana-mana orang lain.

Seterusnya, Pangeran Muda dan James Brooke Esquire mengikat Kontrak ini dan Pangeran bersetuju melepaskan semua aktiviti selanjutnya dalam Pemerintahan Sarawak kecuali sebagaimana yang boleh dijalankan olehnya dengan izin James Brooke Esquire dan apa-apa yang dilakukan oleh mereka secara berasingan atau secara individu berkaitan dengan Pemerintahan Sarawak mestilah menurut syarat perjanjian ini.

Ditulis di Sarawak pada malam Jumaat, dua hari bulan Syaaban 1257 pada pukul sepuluh.

___________________
Teks diambil dari Maxwell & Gibson 1924: 184-185.


1.  Sarawak merupakan jajahan Brunei sebelum tahun 1841 namun telah diserahkan kepada seorang pedagang Inggeris, James Brooke, sebagai ganjaran membantu Sultan Brunei mendamaikan puak-puak yang bertelagah di Sarawak. Pedagang  tersebut diberi gelaran Rajah.

2. Pada tahun 1851, Sarawak telah diiktiraf oleh Kerajaan Amerika Syarikat sebagai sebuah negara yang sah. Kerajaan Mahkota Inggeris pula memberi pengiktirafan itu pada 1863.

3. Rajah pertama, Sir James Brooke meninggal dunia pada tahun 1868 dan telah meninggalkan wasiat


'I give devise and benequeth all that my Sovereignty of Sarawak.. and all the privileges whatsoever thereto belonging unto my nephew Charles Johnson Brooke, Tuan Muda of Sarawak.. and the heirs male of his Body lawfully issuing and in default ..... and unto Her Majesty the Queen of England her  heirs and assigns for ever..' 

4. Rajah Kedua, Charles Johnson Brooke memerintah dari 1868 hingga 1917.

5. Di dalam perjanjian 'The Treaty' pada 5 September 1888, Kerajaan Mahkota  Inggeris dan Rajah Charles Johnson bersetuju: Kerajaan Mahkota  Inggeris hendaklah
    1. mempertahankan Sarawak (Protect Sarawak)
    2. tidak punya hak masuk campur dengan pentadbiran dalaman kerajaan Sarawak
    3. mengawal hubungan antarabangsa Sarawak.
    4. memutuskan mana-mana persoalan berkenaan persoalan pewarisan tahta
    5. dimaklumkan berkenaan penyerahan Sarawak
setiakasih


Rujukan: The Facts about Sarawak by Anthony Brooke

Tiada ulasan:

Mengenangmu: Rosli Dhoby

Rosli Dhoby merupakan salah seorang pejuang kemerdekaan Sarawak walaupun tidak sepopular para pejuang Sarawak yang lain seperti Rentap dan Sharif Masahor. Usianya ketika itu baru mencapai 17 tahun dan beliau seorang guru. Namun semangat juang bagi menentang British yang ingin kembali menguasai Sarawak selepas Perang Dunia Kedua cukup mengagumkan.

SILA BACA MULA DARI LAMAN TOK:
Sinopsis - Pahlawan Yang tidak didendangkan : http://galeripejuangsarawak.blogspot.com/2009/12/perihal-rosli-dhoby-1.html
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives