4 Dis 2009

Kemunculan RD

Allahyarham Rosli bin Dhoby


Rosli adalah salah seorang anggota kumpulan Rukun 13 dalam GPMS. GPMS yang menggabungkan pemimpin-pemimpin Melayu Brunei dan Melanau Sarawak diketuai oleh Datuk Patinggi Abang Abdillah iaitu Perdana Menteri Sarawak di zaman Sir Charles Vyner.

Sebelum keluarga Brooke menguasai Sarawak, keluarga Datuk Patinggi Abang Abdillah adalah pemerintah Sarawak dan wakil Sultan Brunei, pengasas negeri Sarawak.



RD juga menyertai Anak Watan


Rukun 13 ditubuhkan di Jalan Queensway, Sibu, pada 21 Februari, 1949. Tujuannya ialah untuk menikam Sir Duncan yang amat tidak popular di kalangan masyarakat bumiputera Sarawak kerana bersikap angkuh terhadap permintaan dan perjuangan ke arah Kemerdekaan Sarawak.

Pemimpin Rukun 13 telah memilih Rosli untuk menikam Sir Duncan tatkala agen penjajah itu melawat Sibu pada 3 Disember 1949. Mereka berpendapat, pihak Koloni British tidak akan menjatuhkan hukuman mati kepadanya kerana pada waktu itu beliau adalah seorang juvana.

Pada pagi di hari itu, Rosli Dhoby telah menikam perut Sir Duncan dengan pisau tradisi yang dipanggil tumbuk lada.

Rosli dan rakannya Morshidi Bin Sidek, kedua-duanya ditangkap oleh polis British. Sir Duncan telah dihantar ke Hospital Sibu dan seterusnya ke Singapura untuk menerima rawatan rapi.

Pegawai British itu meninggal dunia 7 hari selepas kejadian. Pada ketika itu ahli-ahli Rukun 13 sedang dibicarakan.

Rosli bin Dhoby, Bujang Suntong, Morshsidi bin Sidek dan Awang Ramli Amit binAwang Matsaruddin  telah dihukum gantung sampai mati di Penjara Kuching, Jalan Tabuan, Kuching. Mereka semua dikebumikan tanpa batu nisan.


SS

Tiada ulasan:

Mengenangmu: Rosli Dhoby

Rosli Dhoby merupakan salah seorang pejuang kemerdekaan Sarawak walaupun tidak sepopular para pejuang Sarawak yang lain seperti Rentap dan Sharif Masahor. Usianya ketika itu baru mencapai 17 tahun dan beliau seorang guru. Namun semangat juang bagi menentang British yang ingin kembali menguasai Sarawak selepas Perang Dunia Kedua cukup mengagumkan.

SILA BACA MULA DARI LAMAN TOK:
Sinopsis - Pahlawan Yang tidak didendangkan : http://galeripejuangsarawak.blogspot.com/2009/12/perihal-rosli-dhoby-1.html
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives