Bukankah ini suatu yang sangat menyedihkan? Jika kubur tersebut dialih sejak dulu lagi, mungkin keadilan boleh ditegakkan?
2. Terdapat spekulasi bahawa mereka dibawa ke London atas permintaan isteri Mendiang Sir Duncan Stewart yang mungkin ingin melihat wajah ‘pembunuh’ suaminya.
3. Wasiat terakhir RD telah tertunai iaitu jasadnya ‘Diselimuti Panji Sarawak’ dalam upacara pengebumian semula jasad pejuang berani mati ini di Makan Pahlawan di perkarangan Masjid AnNur Sibu.
4. Hanya cap-cap jari milik kedua-dua polis Sikh yang menangkap RD terdapat pada badik beracun yang digunakan untuk pembunuhan itu.
5. Hajah Ani, kekasih Rosli Dhoby masih belum berkahwin hingga ke hari ini.
Hajah Ani
7. Baju putih yang dipakai sebagai pakaian dalamannya semasa pembunuhan itu juga masih disimpan. Pada baju tersebut tersulam kalimah-kalimah berupa mentera perjuangan sumber kekuatan orang Melayu.
8. Selepas kejadian pembunuhan dan semasa perbicaraan, seluruh kampung Melayu di sekitar kampung Pulo, Sibu dan saudara mara yang berkaitan dengan RD dirundung ketakutan.Pihak polis Koloni berada di rumah-rumah yang tertuduh dan berkawal di setiap jalan di kampung Pulo dan jalan-jalan masuk ke Kampung Melayu.
9. Pihak Koloni sememangnya mahu menghapuskan RD dan keluarganya,' itulah kata-kata orang tua-tua. Mereka mencari dan menyiasat dari rumah-ke rumah orang-orang yang dikaitkan atau kerkaitan dengan ahli Rukun 13. Kerana terlalu takut, ibunya sendiri pernah tidak mengaku RD itu anaknya dan ramai ahli keluarga yang tertuduh berhijrah ke luar Sibu dan Malaysia atas tekanan.
(Sila ingat dasar penjajah- 'Biar orang Melayu Bumiputera yang berani-berani menentang kerajaan kita tekan dan sekat kemaraannya. Biar mereka jadi bodoh dan tidak terpelajar' dan sila ingat 'Singapura diserang todak').
10. Semasa hukuman hendak dijatuhkan, ibu dan bapa RD, yang berada di rumah adik Pak Dhoby, Pn. Dayang, isteri kepada En Amin telah dibawa oleh 2 trak polis untuk ke Penjara Kuching. Adik kepada Bu' Habibah (Bu' Ibot) yang dikenali sebagai Bu' Idok, tidak berada di rumah tersebut kerana dia telah ke rumah En. Khairul atas sesuatu urusan.
12. Sebaik sahaja mereka berdua pulang ke rumah Pn Dayang, Bu' Ibot sudah di dalam keadaan longlai dan hampir hilang akal. Menurutnya, kepalanya telah diacukan pistol dan dia dipaksa oleh polis Koloni untuk menyuruh RD membuka rahsia.
13. Pegawai polis tersebut adalah seorang rapat dan dikenali oleh keluarga RD bernama Jerry Martin.
14. Terdapat desas-desus juga mengatakan Pn Duncan, tidak mahu RD digantung kerana umurnya masih muda.
15. Dikatakan yang paling kejam pada sebelum perbicaraan tersebut benar-benar berlaku ialah warga Bumiputera sendiri yang terlalu taksub dengan Koloni. Wakil Melayu telah ketiga-tiganya setuju untuk 'tidak memberi pertimbangan belas kasihan' ke atas mereka berdua walaupun pihak mahkamah Koloni telah memberi peluang untuk 'meringankan' hukuman berdasarkan sentimen pergolakan dan faktor umur tertudauh yang masih terlalu muda.
16. Hanya tiga kali pembicaraan di mahkamah Sibu, RD dan Morshidi Sidek telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Keesokan hari selepas perbicaraan tersebut, mereka berdua dihantar ke Penjara Kuching untuk perbicaraan Rukun 13 dan menjalani hukuman di Penjara Kuching.
17. Pada masa itu, tidak pernah ada hukuman sedemikian dijatuhkan di Sarawak. Peralatan untuk hukuman tersebut terpaksa diimport dari Singapura ke Kuching. Kesemua Ahli Rukun 13 yang dituduh dijatuhkan hukuman buang negeri dan penjara kecuali Awang Rambli dan Bujang Suntong yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
Sumber:
1. Bu’ Idok, Ibu Saudara Rosli Dhoby
2. En Tahar bin Johnny sepupu Rosli Dhoby
3. En. Bolhasan bin Ainnie Dhoby
.
1 ulasan:
Sejarah akan berulang, kalau kita sik belajar apa-apa daripadanya.
Catat Ulasan