21 Dis 2009

Awang Rambli, PPM dan Perjuangan Anti Cession

1. Persatuan Pemuda Melayu Sarawak melalui salah seorang pemimpin kanannya yang agresif Awang Rambli bin Matseruddin meniupkan semangat nasionalisma kepada orang-orang Melayu Sarawak.

2. Beliau berasal dari Muara atau Brooketown, Brunei. Beliau adalah seorang berpengetahuan dalam perundangan. Beliau telah menggunakan Utusan Sarawak sebagai penyebar ideologinya dan perjuangan ke arah kemerdekaan Sarawak.

3. Beliau sering diundang berceramah ke kampung-kampung pinggir laut dan sungai seperti di Bintangor, Sibu dan Matu. Dengan kesempatan yang diberikan ini, beliau manfaatkan sebaiknya. Beliau berkhidmat dalam Jabatan Kastam namun setelah Circular no. 9 atau Surat Sial dikeluarkan pada tahun 1946 oleh Sir Charles Arden, beliau dan ramai lagi kakitangan Melayu meletakkan jawatan tanda protes dan benci dengan penjajah.

4. Baginya, Penyerahan adalah satu tindakan yang salah, haram dan dilakukan tanpa persetujuan rakyat Sarawak. Ia mesti diperbetulkan dengan menyerahkan tampuk pemerintahan kepada rakyat Sarawak sendiri.

5. Pada awal perjuangan, PPM telah mengadakan perarakan demi perarakan secara aman dan menaikkan poster-poster Anti Penyerahan. Namun setelah 3 tahun berusaha untuk mendapat perhatian Rajah dan Koloni, usaha tersebut tidak berjaya.

6. Pada ulangtahun pertama Penyerahan, PPM telah mengadakan satu perarakan besar-besaran dan lebih hebat dari yang sebelumnya.

7. Beliau telah ditangkap bersama Abang Han, dipenjarakan namun dibebaskan setelah ulangbicara.

8. Antara kata-katanya yang sangat bersemangat diucapkan pada 1 Julai 1949:

'Dari itu kita mesti insaf dan sedar akan siapa rakyat dan siapa penjajah ?'

 'Bersatulah kita. Berikatlah kita supaya tercapai maksud kita. Oleh sebab kita berpecah belah, si penjajah akan dapat masuk celah.'

' Pergerakan Pemuda Melayu 3rd Division tidak suka berpecah sesama sendiri. Kita mesti berbaik-baik sesama bangsa atau senegeri. Tiap-tiap badan bumiputera memang menaruh rasa cinta akan tanah air dan kaum bangsanya. Kita ingat pepatah, tetak air tidak akan putus. Oleh itu kami mesti memperbaiki masyarakat bangsa kami yang telah dan sedang rosak itu.'

9. Gabenor Sarawak telah dihantar ke Gold Coast oleh Koloni dan menurut firasat Awang Rambli, ia berlaku kerana tentangan rakyat Sarawak yang tidak menyukainya.

10. Awang Rambli berpendapat, Rajah dan Koloni takut membenarkan Rajah Muda kembali ke Sarawak kerana sokongan rakyat Sarawak  terutamanya masyarakat Melayu, amat kuat kepada Anthony Brooke.

11. Surat-surat bantahan dari PPM dan Rajah Muda tidak diperdulikan oleh Koloni.


.

Tiada ulasan:

Mengenangmu: Rosli Dhoby

Rosli Dhoby merupakan salah seorang pejuang kemerdekaan Sarawak walaupun tidak sepopular para pejuang Sarawak yang lain seperti Rentap dan Sharif Masahor. Usianya ketika itu baru mencapai 17 tahun dan beliau seorang guru. Namun semangat juang bagi menentang British yang ingin kembali menguasai Sarawak selepas Perang Dunia Kedua cukup mengagumkan.

SILA BACA MULA DARI LAMAN TOK:
Sinopsis - Pahlawan Yang tidak didendangkan : http://galeripejuangsarawak.blogspot.com/2009/12/perihal-rosli-dhoby-1.html
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives