15 Dis 2009

Petikan Kata-Kata cabaran dan semangat

"Kemerdekaan Sarawak terhapus disebabkan oleh pembesar2 yang berperasaan kolot yang dipengaruhi oleh Sir Charles Vyner Brooke, dan oleh persetujuan buta tuli bagi ketua yang buta huruf didalam persidangan Council Negri dalam tahun 1946.' 


'Penyukong2 Rajah Vyner Brooke sekarang menerima kesenangan, kemuliaan dan kebesaran, manakala raayat2 jelata terkena tindeh, tekan dan tindas. Raayat memikol bebanan yg. berat, iaitu terpaksa membayar chukai2 berat.'


'Itu bukan-nya tanda kepuasn hati raayat bersetuju mendaftarkan nama2 mereka, tetapi hanya menun-jokkan diri mereka supaya jangan terkena tudoh berperasaan Anti-British,' ( Merujuk kepada Circular no. 9)

Petikan kata-kata Awang Rambli, Setiausaha Agung PPM Bhgn Ketiga terbitan dari media massa dalam artikel 'Perihal Sarawak' yang dilaporkan oleh Wakil Utusan Sarawak..


'Ada pemuda Melayu yang radikal, tegas, agresif dan berani, kita tangkap, penjara, gantung sampai mati. Biar semua Melayu jadi kerbau, cucuk hidung. 
Inilah dasar Penjajah! 
Tapi tidak semua orang Melayu boleh dicucuk hidung, 
macam sapi!' 


'Allah sentiasa bersama orang yang benar.'


Petikan kata-kata Rosli Dhoby.

.
'Jikalau British tidak menjajahi Sarawak, 
maka perbuatan jenayah itu mungkin tidak akan berlaku.

Anthony Brooke


SUMPAH ANAK BUMI

Suatu hari, di Muara Sungai Rejang ketika penentangan rakyat Sarawak terhadap pemerintahan Inggeris memuncak di bumi Sarawak tercinta berdirinya seorang anak muda yang jiwanya dibaluti semangat kebebasan untuk tanah airnya, rakyatnya, bangsanya dan agamanya berucap di hadapan ratusan anak muda yang lain yang berjuang di aliran yang sama... 

"Ingat saudara sekalian... Kebebasan tanah air kita tok bukan terletak atas bahu Sharif Masahor sorang. Tapi terletak pada setiap bahu daripada kita yang ngakuk diriknya anak Sarawak. Kitalah yang harus berjuang membebaskan negeri tok dari tangan Inggeris..."


Petikan kata-kata Sharif Masahor



 7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika rakyat bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

1) Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

2) Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

3) Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

4) Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

5) Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

6) Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

7) Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

1 ulasan:

khad berkata...

'Allah sentiasa bersama orang yang benar.'

Mengenangmu: Rosli Dhoby

Rosli Dhoby merupakan salah seorang pejuang kemerdekaan Sarawak walaupun tidak sepopular para pejuang Sarawak yang lain seperti Rentap dan Sharif Masahor. Usianya ketika itu baru mencapai 17 tahun dan beliau seorang guru. Namun semangat juang bagi menentang British yang ingin kembali menguasai Sarawak selepas Perang Dunia Kedua cukup mengagumkan.

SILA BACA MULA DARI LAMAN TOK:
Sinopsis - Pahlawan Yang tidak didendangkan : http://galeripejuangsarawak.blogspot.com/2009/12/perihal-rosli-dhoby-1.html
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives