13 Dis 2009

Zaman Jepun dan Pemerintahan Tentera Australia

1. Apabila Jepun menjajah Sarawak, seakan tiada rekod dalam sejarah tentang kekejaman Tentera Jepun terhadap rakyat Sarawak. Apa yang ada hanyalah kata-kata lisan pengalaman peribadi rakyat Sarawak itu sendiri. Ini mungkin kerana tidak ramai orang Inggeris berada di Sarawak pada waktu itu dapat mendokumentasikan catatan sejarah hitam itu.

2. Adalah dipercayai, penduduk di kawasan bandar di bahagian Pertama dan Ketiga paling merasakan pahit getir hidup berhadapan dengan pentadbiran Jepun berbanding rakyat yang tinggal di kampung.

3. Pada September 1945, Tentera Australia telah mendarat di Sarawak dan menewaskan Tentera Jepun.

4. Sarawak diperintah di bawah Pentadbiran Tentera Australia sehingga Mac 1946.

5. Banyak kerosakan telah terjadi semasa pemerintahan Jepun bukan sahaja dari segi material tetapi juga dari segi moral.

5. Pentadbiran Tentera Australia telah membantu sedikit sebanyak dalam membangunkan beberapa frasarana penting seperti kemudahan kesihatan di Sarawak dengan bantuan pegawai-pegawai muda dan tidak terlatih. Terdapat juga sedikit bantuan tenaga kerja orang Inggeris yang pernah berkhidmat di Sarawak yang kembali berperingkat-peringkat ke Sarawak

6. April 1946, Rajah Kedua kembali ke Sarawak. Beliau kembali bersama-sama para pegawai Inggeris yang pernah berkhidmat di Sarawak. Banyak perancangan pembangunan dan pembinaan semula dirangka. Namun ia tidak banyak membantu dari segi menaikkan mental dan fizikal. Kesannya dirasai setelah beberapa ketika.

7. Taraf hidup rakyat semakin teruk. Banyak kehilangan nyawa dan harta benda berlaku semenjak pendudukan Jepun. Kes jenayah semakin meningkat terutamanya rompakan dan kecurian pada awal 1946 tetapi dalam keadaan perlahan.

8. Kekejaman Jepun, kegagalan Kerajaan Makhota dan Kerajaan Rajah sendiri untuk mempertahankan Sarawak telah menjadikan rakyat Sarawak terumbang ambing dan dipenuhi dengan perasaan curiga dengan segala apa yang baru diperkenalkan.



setiakasih a.k.a Suhana_s

Tiada ulasan:

Mengenangmu: Rosli Dhoby

Rosli Dhoby merupakan salah seorang pejuang kemerdekaan Sarawak walaupun tidak sepopular para pejuang Sarawak yang lain seperti Rentap dan Sharif Masahor. Usianya ketika itu baru mencapai 17 tahun dan beliau seorang guru. Namun semangat juang bagi menentang British yang ingin kembali menguasai Sarawak selepas Perang Dunia Kedua cukup mengagumkan.

SILA BACA MULA DARI LAMAN TOK:
Sinopsis - Pahlawan Yang tidak didendangkan : http://galeripejuangsarawak.blogspot.com/2009/12/perihal-rosli-dhoby-1.html
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives