15 Dis 2009

Bermulanya Perjuangan Anti-Penyerahan

1. Telah berlaku perarakan dari kampung ke kampung di Bandar Kuching hingga ke Tugu Peringatan Brooke, di hadapan bangunan Mahkamah Tinggi Sarawak. Pembawa-pembawa sepanduk berteriak dengan penuh semangat membantah Penyerahan. Laungan-laungan seperti:
  1. 'KAMI MAHU BROOKE'
  2. 'KAMI MAHU KEMEREKAAN'
  3. 'NO CESSION  ALTANTIC CHARTER MUST BE RESPECTED.'
  4. 'HANCUR PENJAJAH BRITISH'
2. Tidak dinafikan bahawa Penyerahan telah membawa pembangunan ke Sarawak, namun apa yang dikesalkan ialah rakyat Sarawak telah berpecah belah, berselisih pendapat dalam semua aspek hidup mereka- Sarawak Tribune.

3. Sebahagian besar yang membantah Penyerahan adalah dari kalangan orang Melayu walaupun pada mulanya terdapat penyertaan orang Iban di dalam perjuangan tersebut. Koloni telah berjaya menyakinkan orang Iban bahawa Koloni mahu membantu meningkatkan taraf hidup dan pendidikan mereka terutamanya di Bahagian Ketiga. Koloni juga meyakinkan Orang Iban bahawa Rajah hanya menumpukan pembangunan kepada orang Melayu sahaja menyebabkan orang Melayu membantah secara besar-besaran Penyerahan ini padahal, pokok persoalannya lebih menjurus kepada pengkhianatan janji oleh Koloni untuk membiarkan Sarawak diperintah oleh orang Sarawak sendiri setelah perang Jepun tamat.

4. Rajah Brooke pernah menyeru kepada pewaris takhtanya agar melihat Sarawak dan Rakyatnya sebagai amanah dan bukannya tanah jajahan dan milik Rajah. Namun, amanah ini telah dipecahkan oleh Rajah Vyner. Bagi masyarakat Melayu, bantahan ini lebih kepada soal prinsip, amanah dan perpaduan rakyat.

5. Bermula 1946, terjadilah selisih faham dalam Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak berkenaan cara dan corak bantahan yang hendak dilancarkan. Golongan tua lebih mengutamakan cara budiman untuk menyelesaikan masalah ini manakala golongan muda yang terdiri daripada ahli profesional dan bukan berasal dari perabangan mahukan cara yang pantas tanpa diplomasi yang tinggi.


Sumber:

Perjuangan anti-cession Sarawak: Peranan utama Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak by Mohd. Hasbie Sulaiman
.

Tiada ulasan:

Mengenangmu: Rosli Dhoby

Rosli Dhoby merupakan salah seorang pejuang kemerdekaan Sarawak walaupun tidak sepopular para pejuang Sarawak yang lain seperti Rentap dan Sharif Masahor. Usianya ketika itu baru mencapai 17 tahun dan beliau seorang guru. Namun semangat juang bagi menentang British yang ingin kembali menguasai Sarawak selepas Perang Dunia Kedua cukup mengagumkan.

SILA BACA MULA DARI LAMAN TOK:
Sinopsis - Pahlawan Yang tidak didendangkan : http://galeripejuangsarawak.blogspot.com/2009/12/perihal-rosli-dhoby-1.html
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives