1. Masyarakat bumiputera khasnya orang Dayak yang berada di serata pelusuk negara Sarawak tidak berapa memikirkan hal penyerahan ini. Bagi mereka, ia cuma pertukaran antara Rajah Brooke kepada Raja yang lebih berkuasa tetapi tidak dikenali.
2. Bagi orang Melayu, sifat taat setia kepada pemimpin dan wasiat diRaja yang dimungkiri menyebabkan mereka menentang. Tambahan lagi, ia telah memecahbelahkan masyarakat bumiputera Sarawak kepada dua- Pro-Cession dan Anti-Cession.
3. Bagi orang Cina pula, majoritinya menyokong penyerahan kerana berpendapat ia akan membawa keuntungan dan nilai perdagangan yang lebih luas di luar dan ke dalam Sarawak.
4. Dalam mesyuarat terakhir membincangkan penyerahan, ucapan dan bidasan ahli-ahli Majlis Negri berbangsa Inggeris yang menentang penyerahan tidak diterjemahkan ke dalam tiga bahasa : Melayu, Dayak.dan Inggeris. Hanya ayat-ayat yang berbau ugutan kepada sesiapa yang menentang penyerahan diterjemah ke dalam bahasa Melayu.
5. Terdapat soalan-soalan para perwakilan tidak dijawab dan jika ada pun tidak diterjemah ke dalam bahasa Dayak dan Melayu. Soalan seperti bantuan kewangan yang akan Koloni berikan kepada Sarawak juga tidak di ulas. Tanggapan yang berjaya digambarkan di dalam mesyuarat tersebut adalah 'Tanpa Penyerahan, Tiadalah Wang' untuk Sarawak.
6. Dalam mesyuarat tersebut, 12 perwakilan setuju dan 9 perwakilan menentang. Mr Philip Jitam yang telah menandatangani surat persetujuan usul itu, telah berucap mengutuk tindakan tersebut kerana ia telah membelakangi waris sah Rajah iaitu, Tuan Muda Bertram.
7. Dengan keputusan mesyuarat ini, maka, berakhirlah legasi Kerajaan Rajah Putih di Sarawak.
Nota:
[Hearsay]
a. Rajah Vyner mempunyai isteri dan anak-anak perempuan yang boros. Adalah dikatakan, banyak wang kerajaan telah untuk memenuhi keperluan mewah keluarganya. Oleh kerana hutang yang terlalu banyak, dan bimbang jatuh bankrap, Rajah Vyner dipujuk isterinya untuk menyerahkan Sarawak kepada Koloni dan pampasan yang diberikan sebagai pencen boleh digunakan untuk menyara hidup mereka.
b. Terdapat juga khabar angin mengatakan, Rani telah menghasut Rajah untuk tidak berjumpa dengan Tuan Muda kerana Rajah Vyner pasti akan termakan kata-kata adiknya itu.
c. Ada juga pendapat mengatakan, Rajah Muda tidak bersungguh-sungguh dalam menuntut pembebasan Sarawak dari pengaruh Koloni.
d. Adalah dirasakan penyerahan Sarawak secara penipuanlah yang menyebabkan rakyat Sarawak yang terkenal dengan patuh kepada pemerintah ini berkecil hati dan berasa diperbodohkan. Maka tercetusnya pergerakan Anti-Cession di seluruh negara terutamanya di Bahagian Pertama dan Ketiga.
Sumber : Facts of Sarawak by Anthony Brooke.
.
15 Dis 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Mengenangmu: Rosli Dhoby
Rosli Dhoby merupakan salah seorang pejuang kemerdekaan Sarawak walaupun tidak sepopular para pejuang Sarawak yang lain seperti Rentap dan Sharif Masahor. Usianya ketika itu baru mencapai 17 tahun dan beliau seorang guru. Namun semangat juang bagi menentang British yang ingin kembali menguasai Sarawak selepas Perang Dunia Kedua cukup mengagumkan.SILA BACA MULA DARI LAMAN TOK:
Sinopsis - Pahlawan Yang tidak didendangkan : http://galeripejuangsarawak.blogspot.com/2009/12/perihal-rosli-dhoby-1.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan